kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

PHD punya citer..

Masuk mlm ni.. dah tiga malam aku tak masak nasi dengan lauk pauk yang pelbagai. Tapi masak yang simple je. Malam Rabu nasi goreng kampung.. ikan bilis, sayur bayam semua main masuk sekali goreng-goreng dah tersedia makan malam. Itupun nasi left over dari malam sebelumnya yang difrozenkan. Malam Khamis buat koteow+bihun goreng.. itupun left over bahan mentah weekend lepas yelah aku kan berdua je dengan hubby, kalau sebungkus koteow tu bleh goreng 2 kali makan. Sonang.. sekali goreng je dah siap compare kalau nasi berlauk, paling koman pun kena masak 3 benda. nasi, lauk dan sayur.

Dan malam ni over sikit sebab tak nak masak.. balik dari opis nampak Pizza Hut Delivery (PHD), terus cakap kat hubby nak makan pizza malam nih.. dia ok je terus singgah untuk memenuhi tekak isteri tersayang. :D (bini dia lalu sengih sampai telinga sebab hubby hulur duit sekali..)

Aku order satu personal pizza yang harga RM10.80 dah siap campur tax pastu kasi duit RM50 pada adik manis juruwang tu.. pastu adik manis nih dok buka laci duit mesin cashier dia tapi xde bagi juga duit balance kat aku. Dalam hati aku pikir agaknya dia nak bagi duit sekali dengan order aku kot, then aku pun pergi duduk kat kerusi sebab bontot aku berat tak leh diri lama-lama lenguh sambil nak tunggu order aku siap. Dah duduk dalam 2 minit adik manis datang hantar baki duit RM39.00 dan resit kat aku tanpa cakap apa-apa dan berlalu pergi ke kaunter semula. Aku belek-belek dua tiga kali resit sambil kira duit yang diberi.. hmm sah dia bagi baki duit tak cukup dua puluh sen. Eh!! duapuluhsen pn berkira pompuan nih bukan luak kan kalau setakat duapuluhsen.tapi tu kan duit aku. Klu aku tak cukup duapuluhsen nak beli pizza tu agak-agak boleh tak aku bawa balik pizza tu?? Tapi sebenarnya bukan itu yang aku kisah tapi sepatutnya adik manis tu bagitau aku.. cakap je la

"akak comel.. saye takde duit sen nak kasi baki kat akak, akak ade tukar?"

 ataupun cakap camni..

"akak comel.. takde duit sen la.. camne ye? kira sedekah kat saye boleh??"

Kalau adik manis cakap camtu mesti akak comel ni dah kira cincai takyah bagi balance semua duapuluhsen tu pun takpe. Tapi dia takde cakap ape pun.. akak comel terus amarah hentak kerusi meja bagai sebab tak dapat duapuluhsen (oh itu rekaan dan hayalan sahaja)

Dalam menunggu pizza yang agak lama untuk orang yang lapar macam aku ni kan.. tengok-tengok dinding menu dia yang berwarna dan menambah berahi di tekak, maka akak comel nak tambah order lagi.. maka akak comel ke kaunter tapi adik manis dah takde kat kaunter dah diganti adik kacak pulak, akak order lagi kepak ayam salsa dengan adik kacak. Masa bayar akak comel cakap kat adik kacak tu tadi kawan awak bagi baki tak cukup duapuluhsen kat akak comel sambil tunjuk resit tadi. Pastu adik kacak cakap.. nanti kitaorg bagi ye duapuluhsen akak ye. Agaknya dalam hati dia cakap ape ye??? Ade aku kesah?? Hahahaha!!

Dah lame tunggu pastu adik manis muncul semula di kaunter, sok sek sok sek dengan adik kacak yang lain pulak.. pastu akak comel nampak adik kacak lagi satu korek2 poket baju dan seluar keluarkan duit sen sen.. dan adik manis datang kat akak comel bagi duit duapuluhsen sambil senyum-senyum dan cakap ini duit baki akak comel. Pastu dia keluar restoran PHD nak g tukar duit dengan jiran-jiran kedai kot.

Sepeninggalan adik manis maka order akak comel pun siap. Adik kacak senyum-senyum dari kaunter bagi hint nak ngorat akak comel yang order akak comel dah siap. Akak comel pun g kaunter  ambil makanan yang dah siap dibungkus, akak comel korek-korek dalam henbeg cari duit sen ade dua hengget duit sen tuh!! pastu tanye adik kacak nak tak tukar duit syiling ni? ade RM2.00. Adik kacak buka laci duit dia terus ambil duit kertas dua keping kasi kat akak comel.. adik kacak ni tak kira pun duit sen yang akak bagi kat dia..  Hmm duit duapuluhsen dah dapat pizza waikiki siap, kepak ayam salsa pun siap jom balik umah my dear hubby.. kita makan kat umah lagi best free and easy. MUahahhaha!!


No comments:

Post a Comment