kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Henpon baru

Semalam aku dapat henpon baru.. henpon biasa- biasa je. yang nilah Samsung Duos. Takde canggih benar. Takde wifi bagai. yang penting boleh terima panggilan  dan sms je. Harga sangatlah berbaloi bagi aku RM199 je.


same dengan tepon baru ai :D
Setakat harini tak pandai lagi nak operate henpon ni secara heibat. pandai call & reply sms tu dah kira cukup bagus dah. Alasan aku pilih henpon ni sebab boleh guna dua sim  kad dalam masa sama. Tak payah usung dua henpon.  Kalau canggih sangat henpon aku nanti asyiklah aku belek henpon tu kan.. ade pulak orang yang kekurangan kasih sayang. Huhu!! No tepon ada dua sebab kalau balik kampung boleh guna celcom line je dan memang khas untuk call family kat kampung. No yang satu lagi untuk segala urusan seharian terutama hal keje. Kengkawan rapat je akan ada dua-dua no tepon aku. So kalau balik kampung adalah tempat pelarian yang paling aman aku rasa tanpa urusan kerja yang tak pernah selesai.

Hmm... nak tau kenapa aku dapat henpon baru ni? Sebabnya henpon lama dah uzur benar , dah dua tahun dah bersama aku hujan dan panas, terjatuh dan terhempas. Mujur dia tak nangis dan meraung. Semalam asyiklah reboot sendiri pastu yang kelakar boleh pulak bila aku call atau terima call orang diseberang sana dengar suara aku dah macam donald duck!! Adik aku siap sound aku kata jangan nak mengada buat suara macam donald duck.. aku bantai gelak je tak caya pun. Sampai klien call pastu dengar aku cakap terus dia letak, pastu call lagi.. pastu letak. Last aku call dia guna tepon opis.. pastu dia cakap ingatkan salah no tepon sebab dengar suara kartun. Owh!! malu weh.. tapi camne eh boleh pulak henpon tu tukarkan suara aku yang lemak merdu jadi suara itik donald tu??. Pastu call hubby dia pun bantai gelak dengar suara aku. Pastu ade pulak part yang bila orang call tetiba dia reboot tepon tu.. Nazak benar dah. Balik keje g amik hubby kat opis dia pastu buat muka sedih sebab henpon nazak. Hasilnya.. saya dapatlah henpon baru nih!! Agak-agak berapa lama jangka hayat henpon ni dok dengan aku???







3 comments:

  1. suruhlah en suami hadiah ipad ka...

    ReplyDelete
  2. en. suami belikan henpon ni utk i. pastu dia plak minta kita belikn ipad kt dia :(

    ReplyDelete