kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Keputusan AJL(26) 2011

Tahniah awan nano!! - tempat pertama dan vokal terbaik, Hafiz yang simple tapi penuh penghayatan macam mahaguru dia jugak M. Nasir, tempat kedua  Trio Ning, Jack & Shila Amzah dengan Beribu Sesalan dan tempat ketiga Karma- Faizal Tahir. Persembahan terbaik Alya- Kisah Hati, tak rugi abg Remy Ishak wat surprise!!


Awan Nano - Hafiz AF7
Lirik : Buddhi Hekayat
Lagu : M.Nasir


Lihat ke arah sana

Serakan warna dan berarakan
Awan
Pabila terik panas
Segera hadirnya memayungi diri

Pabila kau dahaga

Sesegera turun hujan melimpahkan kasihnya
Pabila kau katakan
Akulah awan itu yang kau mahu

Begitulah
awan nano
Setia melindungi diri
Tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah
awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihnya

Kasih tiada banding
Setia tiada tara
Bagaimanapun jua

Awan kekasih sebenarmu sayang

Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Lihat diriku ini

Yang sesekali pernah kau bagaikan awan
Sehingga tak mungkin terlupa
Berikan belas sedari dulu

Sehingga tak mungkin termampu saksi

Setitis pun air matamu kasihku
Sehingga kau katakan
Akulah awan itu yang kau rindu

Akulah awanmu yang sedia

Melindungi dirimu tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Akulah awanmu yang sering kau rindu

Dan tak terduga hadirmu walau tak tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

Begitulah
awan nano
Setia melindungi diri tika panas mencuba menggores pipi
Dan bibirmu

Begitulah
awan nano
Sering saja tak terduga hadir
Dan tak akan tercapai jejarimu

Kasihku

Kasih tiada banding setia tiada tara
Bagaimanapun jua
Aku pelindung dirimu sayang
Walaupun tak akan tercapai jejarimu

No comments:

Post a Comment