kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Dendam Cinta Seusia Dunia

hahaha!!! tajuk xbleh blah kan. lagu zaman rock kapak memang camtu kan.. aku pun tak amik tau tahun berapa lagu ni.. tapi sebab ada sorang member nih suka, katanya macam ada persamaan cerita peribadi dia. Tapi tidaklah aku nak gelakkan member ni.. hati dan perasaan orang mana kita tau kan??

layan je la lirik lagu ni..


Dimanakah bumi yang tidak
Dibahasi hujan
Begitulah cintaku
Di setiap langkahmu

Bergelora rindu selaut
Didalam hidupku
Pantai yg tak bertepi
Menjadi sendu pilu sepi ditinggalkan

Mengapa kau menutup hatimu
Bila cinta tiba
Lemaslah aku di telan air mataku
Ketika ini


Ku kikiskan sisa wajah yang melekat di hatiku
Ku buangkan jasad cinta yang terlena pencarian
Sekian lama terpedaya
Kerananya rindu syahdu
Cinta lara jadi arca kehidupan

Denyut hati mengalirkan dendam
sepi pun berbahang
tidaklah aku menjunjung cinta ini
seusia dunia...




Komen aku :-
Cerita kisah cinta yang tak berbalas (kawan aku tu cinta dia tak berbalas agaknya). Orang yang dipuja meninggalkan dia dan menutup pintu hati lalu dia pun bersedih sampai rasa cam terpedaya la bagai.. sampai berdendam.(erkkk.. sampai dendam ke?? macam kisah kronik je ni). Finally akur jugak dengan cinta tak kesampaian dan tak perlu hidup dengan mengingati cinta yang tak kesampaian tu.

Pada pendapat aku la kan.. kalau orang dah tak suka apo nak buek?? cari je lah yang lain yang lebih sudi dan memahami. Tak payah la nak berdendam kan. Mungkin itu bukan yang terbaik untuk kita. Lagipun mungkin ada sebab kenapa si dia menutup pintu hati untuk kawan aku tu kan. Manatau si dia dah ada buah hati pengarang jantung sebelum kawan aku tu kenal dia so takkan la dia nak terima lagi kehadiran kawan aku tu kan.


Kadang benda yang kita sayang kena juga buang sebab sebahagiannya dah rosak. Kalau tak buang takut melarat kat bahagian lain pulak. (hahaha macam pelik je ayat ni.. ade kena mengena ke??) maksud aku..  kalau sesuatu yang menyakitkan kita dan memudaratkan kita tak payah la nak teruskan lagi.. contohnya hubungan cinta yang bertepuk sebelah tangan kan.. sebab yang sakitnya kita yang sayang kat dia. nanti si dia wat derk je pun. pastu kalau si dia gediks dengan orang lain yang merana sape? sila jawab murid-murid.. pastila kita kan. Oleh sebab itu tekadkan dalam hati untuk melepaskan dia dari perasaan sayang dan cinta. Walaupun perit untuk buang perasaan tu tapi lebih baik dari biarkan berpanjangan sakit hati dan rasa tak dihargai (owh dah perasaan jadi doktor cinta nih!!). inilah sebahagian yang rosak tu.. hati orang yang tak dihargai..lame-lame simpan karang meletopp ade pulak yang nak bunuh diri (nauzubillah)


Apapun aku doakan kebahagian dan kesejahteraan semua orang yang aku sayang, kawan-kawan dan semua yang disekeliling aku (juga reader blog a.k.a public diari aku) . Luv u olls

No comments:

Post a Comment