kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Hari raya saya

Assalamualaikum
Dah nak habis raya dah , saya baru nak cerita pasal raya
Ye lah.. raya tahun ni tak meriah mana.. raya pulak sebelah suami..huhu
hari raya jatuh cukup seminggu bapa mertua saya pergi mengadap Ilahi..

Petang raya tu diakan malis tahlis untuk arwah
Jadinya kalau kau sorang nak bergembira raya sakan dan gempak gila
Apahal pulak kan..

Malam raya saya sekeluarga balik ke Besut lagi..

setelah baru seminggu balik sana, tapi sebab turn tahun ni raya di besut
Marilah kita beraya di kampung suami..
Hari khamis tu saya dan suami sempat shoping sampai ke Shah Alam
Malam raya masih sempat jalan-jalan berbuka puasa di Giant Batu Caves bersama adik ipar
Adik ipar saya kerja di hari khamis tu, bos dia tak bagi cuti sebab sebelum tu dia dah banyak cuti
Tapi cutinya tu pun sebab jaga ayah sakit di kampung..
Jadinya saya dan suami nak balik ke kampung terpaksa tunggu adik ipar habis kerja
Pukul 12malam baru bertolak ke Besut, sampai pukul 7pagi
Alhamdulilah.. perjalanan lancar saja..
Saya tido bersama anak-anak.. hubby je drive.. kesian

sampai je.. saya seterika baju hubby, anak-anak dan diri sendiri
siap-siap.. tunggu orang balik solat, pastu pergi beraya umah sedara-sedara keliling rumah
Dah beraya dan  kenyang makan.. marilah kita balik rumah tido..Haahahha..
Tapi raya di kampung suami.. sebiji ketupat pun saya tak makan
macam takde selera..
Biasanya kalau bercuti balik kampung, berat saya senang-senang je naik 2kg minimum
Tapi kali ni .. berat saya boleh turun..
Haih!! tak sedap nak peluk ni kalau berterusan turun..
Peluk-peluk rasa tulang je kan.. apa barang??

Raya ke-dua,
Kami sekeluarga pergi Pulau Perhentian, kampung mama (ibu suami)
Bapa tiri saya ada home stay kat sana. Jadinya kami beraya sambil makan angin
Saya jatuh cinta taktau berapa kali sehari bila tengok air laut tu
subhanallah.. sangat jernih.. crystal clear
Anak-anak kecil kat sana berlari tak pakai kasut atau selipar
Rumah orang sana comel-comel je.. kampung pun bersih..
Bawah pokok pun jarang ada daun gugur.. semua sapu bersih
Alhamdulilah.. 3hari 2malam yang bermakna..

Dari rumah (homestay), saya anak beranak jalan kaki ke masjid
lepas tu ke pantai.. tu je lah kerja kitaorang
Masjid dia cantik sangat, tepi pantai..
boleh nampak dari jeti dan dari laut.. subhanallah..
Sangat tenang, sangat best
Bila-bila cuti, boleh lagi kesana kalau takde yang menyewa..
muahaha.. nak free je eh?

Dia pergi di bulan Ramadhan 1436H

Assalamualaikum
10 Julai 2015, 9.45mlm.. ayah mertua saya menghembuskan nafas terakhirnya
bersamaan 24 Ramadhan, Hari Jumaat malam sabtu.
kali pertama dalam hidup saya berdepan dengan orang yang diambang nyawanya diangkat
Selama ni saya tengok jasad yang kaku tak bernyawa saja..
Alllahuakbar..
Alhamdulilah.. selesai sudah masa ayah di dunia.
Dikelilingi anak-anak tersayang dan cucu-cucu ayah
Juga sanak saudara..
Perginya dia di bulan Ramadhan.. yang mulia..
semoga ayah ditempatkan di kalangan orang yang beriman
ini doa menantu hantu ayah buat ayah..

Coretan ini satu catatan panjang untuk saya, suami dan anak-anak kenang dimasa hadapan

Ayah agak tenat sejak hari Selasa 7/7/2015,
saya dapat panggilan dari adik ipar dalam pukul 1pm
Saya siapkan kerja di pejabat sikit sambil call dan WhatApp hubby update tentang ayah
Dalam pukul 3++pm sampai rumah, siapkan barang nak balik kampung dan pergi ambil anak dari baby sitter
Lepas solat asar di rumah baru bertolak ke kampung hubby

Kami berbuka puasa di Restoran KFC Raub,
Faiz Hannan dah pandai demand nak KFC sekarang ni,
Lepas berbuka dan solat, kami meneruskan perjalanan..
Jalan agak sunyi.. kata suami, tak pernah mengalami suasana sunyi di jalan macamtu
Yelah.. kami balik di tengah minggu.. belum ramai yang bercuti
Nak selisih dengan sebiji kereta pun saya rasa dalam setengah jam perjalanan baru jumpa
Kami berhenti sekejap di RNR Gua Musang, bertegur sapa dengan orang yang bermusafir macam kami,
Orang tu dah mula bercuti raya.. huih!! awalnya
Kami pula balik sebab nak melawat ayah sakit
Kami sampai di Kubang Kerian  dalam pukul 2pagi.. Alhamdulilah
Check in di hotel berdepan dengan Hospital USM, murah.. RM60 semalam
pada saya amat berpatutan, takde TV.. (memang tak perlu pun pada saya)
ada penghawa dingin, ada  kipas, mandian panas.. cukuplah tu..

Esoknya pukul 1pm masa melawat baru saya sekeluarga melawat ayah
Anak-anak pun bawa masuk sekali.. security di HUSM tak macam hospital gomen lain
Ayah agak stabil masa kami melawat.. walaupun kadar oksigen dia rendah..
Ayah kenal anak cucunya.. kalau lama tak nampak faiz.. firas tapi nampak mak apaknya
Nanti ayah tanya.. mana faiz?? mna firas??mana ariq? (Ariq anak kepada adik hubby)
Si kecik tiga orang tu kan rendah aje..
Mana tok ayah nak nampak kalau diaorang duduk melompat di bawah
maaflah pesakit lain kalau cucu-cucu ayah mengganggu kalian..
Kami bermastautin hingga pukul 9mlm..

Hari kedua.. 9/7/15.. malamnya stay di tempat sama
Untuk berbuka puasa kami keluar sekejap untuk beli makanan di bazar ramadhan berdekatan
sebelum masa melawat habis, kami masuk semula.. berkampung di sisi katil ayah.. berbuka ramai-ramai
Ayah kata nak makan ayam percik..Alhamdulilah.. anak ayah belikan, dapatlah ayah makan ayam percik
Walaupun cuma sesuap dua..
Dalam wad di tingkat 7 tu, katil ayah je ramai orang, adik beradik ayah juga ramai ..18 orang
tu belum masuk sepupu sepapat, tok sedara mak sedara bagai.. Meriah di situ..
Anak ayah saja 8 orang, belum campur menantu hantu ayah ni..
Tengok ayah agak stabil pada hari kedua, suami kata esok lepas habis waktu melawat pertama,
Kitaorang sekeluarga nak balik semula ke KL. Tapi hingga ke petang bacaan oksigen ayah semakin menurun..hati seorang anak seperti suami saya turut diruntun untuk terus kekal di sisi ayahnya..
Masa nak balik saya bergurau dengan ayah..
"Ayah!! Ita nak bawa balik umi, kesian umi dah lama tak balik rumah,"
Umi dah berkampung hampir sebulan bersama ayah di hospital,
Tak pernah balik rumah macam ayah juga sejak masuk hospital bulan lepas
Ayah cakap "balik lah.. takpe"
"betul ni ayah?" tanya saya
"baliklah" kata ayah sambil senyum simpul,
walaupun mulut hidungnya ditutupi topeng oksigen.. saya nampak senyuman itu..
Ayah tanya "dah nak balik ko? Esok datang lagi ye.." kata ayah
Suami dan saya iakan saja kata-kata ayah tu

Malam ke -tiga, kami balik ke kampung hubby, di Kuala Besut
Tidaklah saya bawa balik umi..
sebab ayah pantang umi takde lama-lama dengan dia
Pasti dia tanya berkali-kali.. mana umi? mana umi?
Ada sekali tu umi ke tandas dan terus pergi solat
Sementara umi takde, cuma saya, firas saja yang ada..
dia tanya dengan saya.. mana umi? saya kata umi ke tandas
selang beberapa ketika dia tanya lagi
saya kata.. umi ke tandas.. umi solat terus itu yang lama
ayah angguk-angguk kepala.. tapi mulutnya merungut.. lamanya umi pergi..
sambil tanganya usap-usap pipi firas, firas cubit-cubit tangan tok ayah

Saya tengok umi setia betul di sisi ayah,
Ntah lah kalau saya berada di tempat umi. adakah saya sesabar dan sesetia itu..
Sedang umi urutkan kaki ayah.. ayah minta nak makan, umi minta izin dari ayah untuk pergi basuh tangan
sebelum sediakan makanan yang ayah minta
umi cakap.. nak g basuh tangan dulu ni,, bekas minyak ubat..
ayah angguk baru umi pergi basuh tangan.. sejuknya mata saya

Hari ke- 3, 10/7/15
Saya sekeluarga berada di Kg Pachakan Kuala Besut, Pukul 10pagi, saya terima panggilan dari adik ipar..
Katanya ayah semakin tenat, Kami bergegas ke HUSM, sedara lain juga..
Sesampai di katil ayah.. memang lain benar keadaan ayah.. tidak seperti saya tinggalkan malam tadi

Ayah dah tak pedulikan orang dikelilingnya.. Ayah mendesah melawan nafas yang memberat
tercungap untuk menyedut udara yang disambungkan ke hidung dan mulutnya,
di dadanya wayar berselirat.. disisinya mesin-mesin digital yang silih ganti berbunyi beep..
Allahuakbar!! inilah kali pertama saya berada di situasi ini. Hampir sama dengan apa yang dilihat kala menonton televisyen.. tetapi tempohnya lebih panjang.

Tiada lagi sapaan ayah bertanyakan cucunya..
tiada lagi senyum simpulnya diwaktu saya tinggalkan dia malam tadi.
Malam tadi ayah cabut jarum untuk drip air.. dah agak lama baru dia bagi tahu, sampaikan jarum tu dah kemana terpelanting pun tak tau..
Seorang doktor india perempuan mencari-cari line untuk buat drip baru pada ayah..
hingga yang ke tiga kali pun belum dapat  line yang ok..
saya tunjuk Faiz apa yang doktor tu buat..
Faiz buat muka menahan sakit tengok tok ayah kena cucuk cari line.. sampai dia nangis cakap "nanak ma!! nanak!!"
Faiz tak sanggup nak tengok.. sebab dia pun pernah merasai bagaimana kena cucuk ambil darah..

Masa waktu asar, bacaan oksigen ayah makin rendah..
doktor cakap kalau ikut ayah dah tak ada tanpa bantuan oksigen ni..
sama-samalah sedekahkan alfatihah.. semoga dipermudahkan..
Sedara-mara anak beranak bergilir bacaakan yassin dan alfatihah untuk ayah..
mengharapkan perjalanan ayah dipermudahkan..
Ayah lebih reda pernafasannya.. sesekali nampak macam tidur sahaja..
sesekali menarik nafas berat.. matanya terpejam..
mesin digital disisi sahaja yang menunjukkan dalaman ayah masih hidup ,
memberitahu kami yang memerhati ini bahawa ayah masih bernafas dalam diam,
bahawa nadi dan jantung ayah masih berdenyut saat itu.
Air mata anak-anak ayah mengalir saat itu.. walaupun anak lelaki ayah yang macho,
mereka sebak melihatkan ayah yang cool dan terus diam..
Mungkin saat itu mereka lebih suka saat dimana ayah bebelkan mereka
atau disaat itu mereka ingin ayah terus bangun dan memarahi mereka macam dulu-dulu ketika mereka nakal. Nor Akmal anak ayah yang menemakan ayah siang malam menangis hiba bila terkenangkan ayah bagitahu nak tidur sahaja.. ayah penat masa doktor cari-cari line untuk drip malam tadi

Menjelang magrib.. mesin oksigen menunjukkan oksigen ayah semakin menurun hingga ke 20%
Firas dan Faiz pun semakin mendesah.. gelisah..
makin tidak senang berada di dalam ward.. mungkin lapar dan dahaga..
suami cepat-cepat pergi beli juadah berbuka
anak-anak ayah yang lain tak pedulikan langsung untuk berbuka.. semua mahu berada dekat ayah
Anak sulung ayah tinggalkan ayah seketika untuk beli juadah berbuka untuk ahli keluarga lain 
kesempatan di waktu magrib itu, saya dan suami berbuka di lobi hospital tingkat 7
makan laju-laju sambil suapkan Faiz dan Firas
Kemudian kembali semula ke sisi ayah..
bacaan oksigen ayah semakin menurun..
Lepas dah mesin oksigen menunjukkan 0%.. anak ayah panggil doktor
Doktor muda yang hensem datang check nadi, denyut jantung pastu tengok jam
dia pun geleng-geleng kepala tanda ayah dah tak ada..
Semua anak-anak ayah redha.. cuma airmata saja yang mengalir..
tiada esak tangis panjang seperti sewaktu asar dan magrib tadi..
mereka benar-benar faham , redha untuk melepaskan ayah pergi..
Pergilah ayah.. 


Pengurusan jenazah ayah juga amat pantas saya rasakan
9.45 mlm nafas terakhir ayah..doktor sahkan dan tanya nak dibawa kemana jenazah ayah
jururawat datang buka mesin dan segala wayar di badan ayah,
bersihkan tubuh ayah sebelum dilapikkan kain putih,
dibalut seadanya dan ditutup dengan penutup aluminium
di atasnya ditudung dengan kain hijau bertulisan 'innalillahiwainnailahirojiun' tulisan arab
ayah ditolak ke lif untuk dihantar dengan van jenazah ke kampung
10.30 mlm semua urusan dihospital selesai...

Dari hospital saya balik sekeluarga bersama umi, bapa saudara dan nenek saudara,
dalam kereta.. umi cakap.. esok genap sebulan umi tinggal di hospital
berlinang air mata umi..

Kami sampai di rumah lebih awal dari van jenazah dan kereta adik2 serta sedara lain
Berkumpul di rumah toksu, Lepas jenazah sampai.. terus dimandikan..
Alhamdulilah.. anak-anak lelaki ayah pangku jenazah ayah, turut sama mandikan ayah
Kemudian bergilir-gilir bacakan surah yassin untuk ayah..
Cucu ayah Faiz dan Firas pun tak tidur hingga 3pagi
Esoknya tepat jam 10pg.. jenazah ayah disolatkan..solat terakhir buat ayah..
Anak-anak lelaki dan menantu lelaki ayah usung jenazah  ayah hingga ke masjid
Teman ayah hingga selesai talkin dibaca
Mami dan abah saya juga sampai dari kedah semasa jenazah disolatkan
Penghormatan dan lawatan terakhir dari besan ayah..

Petangnya sebelum iftar, diadakan majlis tahlil untuk ayah
Alhamdulilah..
selesai segalanya.. semoga Allah ampunkan dosa ayah
tempatkan ayah dalam golongan soleh dan solihin



kuliah dhuha


πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’πŸ’

Intipati catatan kuliah Dhuha Oleh ustaz Ahmad Dusuki . Kupasan Kitab Ziarah ke Alam Barzakh
(Alm Imam Jalaluddin As-Suyuti)

1. Kehidupan manusia bermula dari
- alam rahim
- alam fana
- alam barzakh
- alam mahsyar
- alam syurga @ neraka

2.Ketika air mani dipancarkan ke dlm rahim, 40 juta sperma berenang msk & hanya satu shj yg diizinkan Allah bercantun dgn ovum utk membtk nuftah & hdp di alam rahim sehingga 9 bln.

3.Ketika di dlm kandungan
(4 bln) akan ditiupkan roh dan ditetapkan 4 perkara iaitu:
- rezeki
- ajal (bila, di mana, bgm)    
- amalan & khdpn ( kahwin dgn siapa, brp org anak, adik beradik)
- ahli syurga@ neraka.

4.Walaupun tlh ditentukan 4 perkara tersebut qada dan qadar manusia boleh berubah.

5.Qada dan qadar ada 2 iaitu :
- qada mubram  iaitu qada yg boleh berubah melalui doa
- qada muallaq  iaitu qada yg tidak boleh berubah. Cth : 40 hari sblm kematian

6. Kita hidup di  alam ini adalah dlm keterpaksaan..dipaksa  & terpaksa.

7. Kita dipaksa keluar dari alam rahim ke alam fana ( dunia).. alam kanak2..alam remaja (12 - 21 thn)..alam dewasa (22- 40 thn)..alam tua ( lbh 40 thn). Lebih 70 thn disebut tua bangka..

8.Masa remaja adalah salah satu juzuk dari kegilaan..lihatlah dunia remaja..percakapan, cara berpakaian kadang2 celaru dan gila. Saat remaja adalah saat kebingungan..satu alam yg terpaksa dilalui..dari remaja dipaksa menjadi dewasa.

9. Hadis nabi ada menyebut  setiap manusia Allah berikan ujian sbyk 99 ujian kematian bermula  dr bayi hinggalah sebelum mati..sehinggalah ujian yg ke 100 maka kamu akan mati..

10. Siapa2 yg berusia pd umur 40 thn tetapi dia tdk berubah sikap ke arah yg baik maknanya mereka tidak akan berubah lagi  sehingga menunggu talkin dibacakan..

11.Setiap yg hidup akan merasai mati..roh org beriman adalah spt minyak yg berkumpul di dalam air. Roh akan berkumpul di kaki utk ditarik keluar. Dari kaki ke pinggang..ke perut bilamana smpai ke perut akan berdengar beberapa urat putus n bg lelaki terasa zakar naik ke atas lalu bg org beriman akan mengatakan laailahailallah..tp bg org yg tdk beriman akan mengatakan ia cuma kebetulan shj..tidak ada apa2 yg berlaku..

12. Semua makhluk Allah termasuk haiwan tahu yg roh si mati itu akan masuk syurga @ neraka kecuali jin dan manusia..

13. Tanda2 jenazah itu ahli neraka:
-mulut berbuih
-wajah masam
-najis keluar terlalu byk ketika sakarul maut.

14.Tanda2 jenazah itu ahli syurga:
-dahinya berpeluh
-hidung kembang kempis dan air matanya mengalir
- wajahnya lebih cerah ketika sakaratul maut
-najis keluar sedikit shj

15. Sakitnya perempuan yg bersalin   itu adalah 1 juzuk drpd 99 juzuk kesakitan kematian..

16. Kalau boleh yg memandikan jenazah kita adalah anak2 kita..yg mengkafankan kita adalah anak2 kita...anak kita jd imam solat jenazah kita..maka beruntungnya kita..

17. Ustaz berkongsi doa yg dibacakan oleh anak2 kpd ayahnya yg telah meninggal dunia.( sewaktu menziarahi jenazah seorg lelaki)

"Ya Allah ..waktu mana kami kecil2..ayah kami mandikan kami dgn penuh kasih sayang dgn penuh kelembutan...jadi kami mandikan jenazah ayah kami ini maka Kau ampunkan dosanya ya Allah..
waktu mana kami kecil ya Allah..kami dipakaikan baju oleh ayah kami ya Allah..tp kami lempar ke mukanya ya Allah..jadi hari ini kami kafankan ayah kami dgn penuh kelembutan..Kau ampunkan dosanya..di waktu mana ayah kami menjadi imam solat kami dulu..kami lari tak nak  solat..jadi hari ini kami imamkan solat jenazah ayah kami dan  Kau ampunkan dosa2nya ya Allah..ya Allah Kau jadikan kubur ayah kami ini sbg taman2 syurga.."

18. Quran yg dibaca sebelum subuh akan menjadi peguambela sewaktu kita di alam barzakh nanti..

19. Nabi kata  aku tidak pernah tgk keadaan yg sgt huru hara spt pdg mahsyar ini..siapa yg selamat di alam barzakh maka selamatlah dia di pdg mahsyar nanti..

Elok ingat ttng alam barzakh....jawatan di dunia ni sementara shj...kejarlah jawatan ahli syurga yg kekal...

πŸ‘πŸ‘πŸ‘πŸŒΊπŸŒΊπŸŒΈπŸŒΈ

πŸ“‹Perkongsian dari kumpulan Whatsapp lainπŸ“‹

Ramadhan 1436H - Jun 2015

Assalamualaikum
Harini hari ke-2 ramadhan, masih tertingal-tinggal dalam meningkatkan amal
Masih berada di garisan mula dalam keadaan lembab dan terkedek-kedek
sedang masa berlalu pantas meninggalkan kita,
itu saya pada ramadhan hari ke 2
namun syukur Allah sampaikan lagi saya ke Ramadhan kali ini.

Sejak akhir-akhir ini banyak perkara berlaku, pantas..
Segalanya dihadapi.. just follow the flow
Beberapa tahun lalu.. di bulan ramadhan saya dan suami pulang ke kampung suami
sebab mak saudaranya menjalani pembedahan,
tahun berikutnya sebelum ramadhan mak saudaranya dah kembali ke rahmatullah
tanpa sempat meniti sekali lagi ramadhan..

Dan hari ini saya sekali lagi berada di bulan ramadhan yang penuh berkah
Semoga bulan yang berkah ini terus memberikan yang terbaik buat kami sekeluarga

Hujung minggu lepas, kami kembali lagi ke kampung halaman suami
Bapa mertua saya dimasukkan ke wad sebab mengalami masalah paru-paru
Sehari sebelum Ramadhan, beliau disahkan mengidap kanser
Allahuakbar!! Maha suci tuhan
Semoga redha semua yang menerima perkhabaran ini
Semoga Allah mempermudahkan kami semua menghadapinya
Termasuk juga diri bapa mertua saya,

Yang singgah membaca di sini..
saya mohon untuk anda juga doakan bapa mertua saya
Doa anda saya dahulukan dengan ucapan terima kasih

Kebelakangan ni cerita sakit cancer sudah semakin hampir dengan kehidupan saya
Dulu masa sekolah, junior saya.. tapi saya tidak rapat dengannya..
jadi berita kematiannya disebabkan kanser di usia belasan tahun,
tidaklah begitu berbekas pada saya

Pada usia awal 30-an, kawan yg saya kenal dalam persatuan
juga menjadi pesakit cancer..
Alhamdulilah, beliau merupakan cancer survivor selepas dua tahun jadi pengidap
Tiga tahun lepas, mak saudara suami yang pada awalnya sakit batu karang di hempedu
bertukar kepada sakit kanser.. beliau telah kembali kerahmatullah dah setahun lebih
dan sekarang bapa mertua saya..
semua ni..
Sangat dekat dengan kehidupan saya..
semoga kasih sayang Allah, berkatnya dan rahmahnya sentiasa bersama saya dan keluarga
setiap apa yang ditakdirkan haruslah saya redha
dan percaya hikmah yang terselindung pasti lebih baik









Daun kaduk, anak berhingus dan akuarium

Assalamualaikum..
Kenal tak daun kaduk? Ada restoran vietnam yang serve daun ni macam main dish dan makan dengan segala macam bahan yang macam popia..  
Tapi yang pembalut popia tu adalah daun kaduk.
Daun kaduk ni banyak khasiatnya kalau ikut pembacaan saya kat en.google ni.

Saya gunakan daun kaduk untuk mandikan anak demam dan berhingus
Si FH dari usia 3bulan tu berhingus je
sejak mula hantar ke pengasuh, mungkin dia tak tahan dengan bercampur budak lain kot
Sebab si adik hingga sekarang 9 bulan ok je..
Masa kat kampung ketika saya berpantangkan si Firas, takde pulak nak try mandikan anak-anak dengan daun kaduk.
Tapi masa nak balik dari kampung, saya bawa balik pokok kaduk ke rumah 
Masukkan daun kaduk tu dalam besen berair, 
biar aje pokok tu terendam, 
dan setiap pagi saya mandikan FH dengan air kaduk tu
Pokok tu tahan lama jugaklah
Alhamdulilah.. macam magic je
FH dah tak berhingus lagi..
kalau dulu saya segan nak bawa FH pergi rumah orang, 
tambah-tambah kalau nak melawat  baby baru lahir
Takut jangkit dengan anak orang
Kalau saya pegang FH, saya tak suka nak sentuh baby lain jugak
Tapi sekarang ni.. FH dah bebas dari hingus.. hehehe
Dulu kemana-mana memang tak leh lekang dengan kain napkin
FH pun redha je la kena lap hingus sampai hidung merah & melecet
Asal jumpa orang.. mesti orang tegur FH demam ke? selesema ke?
Mak Apaknya iyakan aje
Sedangkan hampir 2 tahun FH camtu.. berhingus je memanjang
Tapi dia payah demam.. sangat jarang
Ayah FH pulak ambil pokok kaduk tu letak dalam aquarium.. nak bagi ikan sihat-sihat kot
Tapi sekali tu tersalah letak air. Ikan pening klorin banyak kot.. tinggal ikan cuci cermin je
yang lain semua mati..
Tapi bukan salah pokok kaduk
So.. sesiapa yang ada anak yang sentiasa je berhingus macam FH.. boleh la cuba
Insya Allah mana tau, petua tu berkesan macam pada FH
 

ku sangkakan gempa

Malam tadi, tengah layan anak anak kat ruang tamu, tetiba dengar bunyi kruk kraqqq.. dalam intonasi yang ganas.
kalau intonasi lembut dah macam kunyah kepok ikang ganu plop. Muahahaha!!!
bunyi tu datang dari arah dalam bilik ke 2.
Lepas diamati.... bunyi tu ada lagi, pastu akak dan laki pelan-pelan ushar bilik tu dan buka lampu.. pastu nampak tikar buluh yang tutup lantai yang berjubin gelembung.
Dalam hati teringat entah gempa bumi ke apa kan..  si fh boleh plak pergi pijak pijak kat situ.
Akak terus tarik tangan dia pergi tepi risau kot jerlus plak kan.
Ye lah rumah kitaorang kan tinggi di awan tingkat 16.
 
Rupanya tiles kat dalam bilik tu melembung dan retak
mungkin sebab proses luluhawa yang ekstrem.. eh dah terguna bahasa geografi plak.
sebetulnya bilik tu baru je pasang ekon. so malam-malam dia sejuk sangat agaknya
pastu siangnya panas, sebab tu lah lantai tu jadi camtu kot
lagipun lepas dah angkat bawah jubin lantai tu simennya tak rata dan tak penuh.
Memang sebelum ni pun terasa ada bahagian yang lopong bawah tiles tu
Sehingga cerita ini ditulis, belum buat apa-apa pembaikan lagi..
Hubby ketuk-ketuk biar dia jadi sekeping-sekeping pastu dia hampar carpet atasnya
Berguna juga carpet pada waktu camni.
Sebelum ni simpan bergulung tepi almari..
Haih!! bila ntah nak repair lantai tu..
Hubby kata nak repair sendiri..
Kita  tunggu keputusan dan hasil kerja keras tangan beliau nak repair lantai tu
Akak nak tengok je nih..

Adik Firas 9 bulan

Assalamualaikum
3 Jun 2015
Anak mama Firas Afnan dah 9 bulan.. cepatnya masa berlalu
macam baru je mama lahirkan firas
masih terasa sengal-sengal perut kena toreh
perut mama yang kembang masih gegar-gegar kalau mama nak cuba berlari
hahahaha
Adik Firas dahhhh... 9 bulan, mama yang lambat pulih
Lepas seminggu lahirkan adik Firas berat mama dah kembali ke asal
Lepas tu cuti di kampung Tok Sarah sebulan.. berat mama naik balik
Sedap sangat semua orang layankan je
Jadi mama takleh nak salahkan sebab mengandung mama jadi kembang kn
Sekarang ni mama selalu gatal-gatal kat perut
Orang lain gatal masa ngandung
mama gatal masa lepas ngandung pulak..
masa ngandung takde pulak gatal-gatal
Tapi alhamdulillah.. berat dah turun ke asal.
Penat dukong budak bertuah dua orang agaknya.. hehehe
Eh!! terbanyak crita pasal mama pulak.. tajuknye citer adik firas lah

Adik Firas belum ada gigi.. walaupun sebatang
tunggul gigi pun belum ada..
abang faiz dulu 6 bulan dah mula tumbuh gigi
Adik tak pilih makan.. abang pilih-pilih makanan
Tapi kalau bagi nasi.. jenis apa pun abang boleh makan
Kalau selain nasi payah sikit
Adik boleh je makan kuih yang lembik atau puding & seumpamanya..
Abang jarang nak layan.. kadang siap buat muka geli-geli tengok kuih lembik
Ngada tau abang tu
Mama sayang anak-anak soleh mama