Assalamualaikum
Sempena malam Jumaat, meh Akak sampaikan sikit perkongsian tazkirah
Alhamdulilah dah banyak opis yang buat tazkirah sekarang ni,
macam opis akak..Alhamdulilah semua muslim.. so lebih senang nak menekankan hal-hal keislaman.
Ada tazkirah Bicara Zohor , ni buat dalam masa satu jam lepas tu solat jemaah zohor & kompeni siap provide lunch. So jimat pada hari berkenaan - sebulan sekali je,
Pastu ade tafsir/penghayatanAl- Quran - sekarang ni tengah belajar Surah Kahfi ayat 90++, kelas ni sebulan dalam 2 kali oleh Ustaz Nazmi Karim. Best ustaz ni.. nak tau pergilah kuliah dia kat masjid sekitar subang & USJ ada rasanya.
Pastu ade lagi kuliah jumaat, yang ni ustaz biasa-biasa je, orang lama.. banyak ilmu dunia akhirat, yang ni pun sebulan 2 kali.
Alhamdulilah kalau dapat hadirkan diri untuk semua kuliah dan tazkirah ni. Insha Allah dapatlah sedikit pelajaran. Hopefully dapat sepenuhnya apa yang dikongsi dan dipelajari dalam kuliah ni.
Kalau ikut nak pergi kuliah lepas balik kerja atau hujung minggu, kesempatan tu mesti tak seberapa.
Jadi bila ada kat opis haruslah ambil peluang ni.
Lagipun free.. sebab kampeni yang tanggung..
Pastu tak payah buat keje opis
Tapi kalau ada keje yang penting kene lah dulukan
Walaupun banyak kelas-kelas ni, dan kadang ada topik yang berulang..
mesti ada yang tanya tak jemu ke?
Ye lah, Quran tu dari dulu hingga sekarang memang itulah ayat dan juzuknya.
Memang itulah bab dan kisah yang terkandung di dalamnya
Pesan ustaz
Jangan pernah jemu untuk hadiri kuliah yang sama dan berulang
Jangan pernah rasa bijak tentang sesuatu yang telah kamu pelajari dan ketahui
kerana
setiap kuliah dan setiap pelajaran Al Quran itu ada keberkatannya
yang penting setiap kali kehadiran anda itu ada pahalanya
Kata ustaz lagi..
Tido secara berjemaah (dalam bilik kuliah/tazkirah) pun dapat pahala
Apa ke liat sangat nak himpun pahala
Datang je lah ke tazkirah.. insha Allah ada keberkatannya
ada kebaikannya..
wallahu'alam..
No comments:
Post a Comment