kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Tengok pokok pun meleleh ailio!!

Salam
Yuhu!!! Jom kerja sambil berjimba
tugasan luar daerah.. Memang jalan-jalan tengok tengok je pun
Kawasan ni berkeluasan 50 hektar, akan dibangunkan dalam masa terdekat
Pemandangan yang hijau-hijau ni semuanya akan dimusnahkan

Tapi masa sesi lawatan ni.. saya adalah macam menjejes ailio sebab tengok pokok sayur yang sedap
Maklumlah dari opis tak sempat sarapan
Cuma sempat sedut milo dua tiga kali pastu panas...
Ahli rombongan dah nak gerak maka tuang ke sinki aje milo pujaan perut tu
Itu yang tengok pokok pun terjejes ailio.. 


Hijau bumi tuhan

Rasa nak joget hindustan di sini

Gambar saya sengaja dikecikkan sebab aiolls low profile tapi tetap nak show off.. Hahahaha!! camne tu?
ni bleh buat bahan bukti berada di tempat kejadian.


 ai olls yang bawa kertas besar di tengah halaman


batu-batu ni pun akan dipindahkan. Bleh bagitau sapa nak ye. Yang penting takde penghantaran, sila datang ambil sendiri. harga boleh runding


Pondok tu adalah kediaman penanam sayur ni.. Rasa saya mereka bukan muslim sebab beberapa en hanjing berlarian. Termasuk mengiringi pacuan 4 roda kami.
Hmm terfikir sayur yang saya makan selalu tu. Dari sini kah?

Ada lagi pokok-pokok sayur lain. Tapi pada hari kejadian henpon saya sangat tak memberi kerjasama.  Boleh pulak dia memadamkan diri.. sungguh derhaka.
Sib baik ada ahli rombongan lain yang sudi ihsankan gambar ni.

Maka tak dapat la nak menjejeskan ailio orang lain bila tengok pokok dengan seni fotografi.
Insya Allah ada rezeki ke sini lagi. Mungkin sebelum ianya dihapuskan. Mungkin masa tu juga tujuan saya ke sana untuk perancangan memusnahkan dan meratakan kawasan ini. Kejam!!

Kejiranan tanah ni ada jugak dusun  durian. Pokoknya rendah saja dan diselaputi lumut dan pokok duit-duit. Sangat cantik pada pandangan mata saya. Ada anak sungai yang satu hari nanti akan dialihkan  dan dihentikan alirannya.
Telahan saya.. tak mustahil satu hari nanti akan terjadi banjir di kawasan ini. Wallahu a'lam
Kalaulah segalanya boleh dikekalkan..
Tetiba macam pencinta alam.. yes i'am. Tapi dalam masa yang sama, kerjaya saya mendorong merosakkan alam.. hmmm.
Ada tak orang jabatan hutan ke yang bersangkutan alam nak ambil saya kerja supaya iaolls tak lagi terlibat dalam merosakkan alam..
Peace!!



No comments:

Post a Comment