Assalamualaikum..
Ni nak menulis lagi pasal kunyit.Entri pasal khasiat kunyit boleh tengok kat sini. Kebetulan dapat komen yang membina dari Dr Salwa jadi saya baca blog penulisan Dr Salwa pasal kunyit.
Ooo.. rupanya terdapat penemuan bahawa kunyit tidak efektif jika tanpa lada hitam.
Mak bidan kat kampung saya tak dak pun yang suruh minum air kunyit. Tapi memandangkan ia bagus untuk saya sendiri, selepas cubaan masa lepas keguguran dulu. Maka lepas bersalin anak ke -dua saya buat lagi air kunyit. Maklumlah bersalin secara c-zer ni.. mami saya tak pandai sangat nak jaga. Sementelah anak sulung dia nih banyak kerenah, banyak fakta dan auta yang dok argue dengan dia. Haih!
Cucu mami setakat ni.. (5 orang) semuanya bersalin secara pembedahan :D. Tapi adik-adik saya semua behave ikut cakap mami tak macam kak long depa. jadi mami kata senang jaga depa bukan jaga saya.
Idea nak minum air kunyit ni timbul sebab baca kt blog Ceera. (lambai-lambai tangan kat Ceera).
Pastu masa lepas D&C (beberapa minggu kemudian) rasa macam perut kat dalam longgar je.. tak tau cemana nak describe. Jalan pun rasa dalam perut ikut gegar. Ish tak boleh jadi macamni.. ada juga makan jamu tapi macam tak de kesan pembaikan. Lagipun tak berani nak makan jamu banyak-banyak sebab masih menyusukan FH. Nanti FH pulak terkesan. So buat la air kunyit. Alhamdulilah bagus untuk saya walaupun tanpa lada hitam.
Masa buat pertama kali dulu saya campurkan jus oren (guna buah oren segar) dan kunyit.. blend bersama. Buat banyak juga, boleh la minum untuk 3 hari. Saya masukkan dalam peti sejuk. Nak minum tuang dalam gelas dan biarkan dia kejap bagi hilang sejuk dan jadi suhu bilik. Lepas tu baru minum. Baru lepas bersalin tak bagus minum sejuk dan berais.
Lepas bersalin anak ke 2 saya buat lagi. Tapi kali ni dah enhance dengan bahan lain. Kali ni saya blend kunyit dan tapis (blend kunyit dengan air suam), hampas kunyit tu ada jugak saya makan dengan nasi.. ni try & error ja. Tapi takde mudarat pun kalau makan kunyit.. so saya telan je. Dengan harapan akan mempercepatkan sembuh luka dalaman saya.
Jus kunyit tadi saya tambahkan asam jawa dan gula, kacau. Lebih sedap dari yang dulu.. Minum semasa masih suam. Rasa dia maveles sedap!! Ye la puji sendiri buat maa.
Takde orang lain pun berkenan nak rasa, kalau nak pun saya tak bagi sebab sedap sangat. Sila buat sendiri.. Hahahaha!! Tapi takde la saya letak lada hitam untuk enhance kebaikan kunyit tu. Mungkin lepas ni boleh buat lagi dan tambah lada hitam.
Pernah jumpa ada pompuan indon kat pasar sehari Selayang jual air kunyit ni dalam botol, pasar tu memang ada tiap-tiap hari dari pagi sampai pukul 1petang. Adik saya pernah beli sebab tak nak kotor tangan pegang kunyit nak buat sendiri air kunyit. Tapi dia kata air kunyit tu terasa ada masin dan masam. So sesapa yang malas nak buat sendiri boleh beli kat pasar sehari tu. Harga dalam RM3-4 camtu la sebotol.. tak ingat sangat.
No comments:
Post a Comment