Assalamualaikum
Serba sedikit tentang apa yg saya dengar dan belajar tadi..
semoga jadi bekalan dan ingatan untuk diri sendiri.
1. Keharaman menganiaya dan mengembalikan apa2 hasil dari penganiayaan
Contohnya mengambil hak orang.. walaupun sejengkal tanah, pada hari kiamat akan dikalungkan 7 lapis tanah sebagai siksanya..
Bawalah dia kemana mana pergi dengan kalungannya..
Pada suatu perang di zaman rasullullah saw. Seorang sahabat yang mati syahid kerana berperang tetapi dinafikan syahidnya kerana semasa perang si fulan ada mencuri harta rampasan iaitu hanya sepasang baju..
Hatta binatang pun akan dihisab sekiranya melakukan aniaya pada binatang lain
Sekecil kecil perkara @harta yang dikira walaupun kayu sugi yang diambil tanpa izin akan dihisab
Muhasabah diri..
No comments:
Post a Comment