Bila Disember
FH's few step
Jumaat 13 Dec 2013 FH melangkah few step with out aid pada usia 11 bulan 2minggu
syukran ya Allah...
So ujung minggu tu mama dan ayah bawa FH untuk enhance his step. Tapi kita still pegang tangan dia sebab tak nak dia jatuh kat batu dan akar pokok tu.. Syabas bete..
Mama yang syok lebih
gambar mama yang interprem lebih ni |
jom faiz kita training jalan jom.. nanti teman mama shoping |
Owh anak ayah!! |
mula-mula kita langkah kanan.. pastu kiri.. |
Ayah jalan dengan FH |
Ayah penat dah |
ayah pandang ape tu?? |
Mopiko datang!!!
Iklan mopiko untuk hilangkan kegatalan dan bintil sebab kena gigit nyamuk dan yang sewaktu dengannya.
Sapalah yang nak kena nyamuk sampai kena beli mopiko buat ubat
Akak adalah kebal je setakat nyamuk hutan getan dan dusun.. lintah pacat bagai adalah mainan je
Kalau pacat tu main potong-potong kerat kerat guna kuku akak yang tajam ni ( owh now akak sedar dari mana fh mewarisi sifat cakar2 kukutajam)
Anak katak si berudu akak picit-picit keluar perut berpusar.. owh giler ganas bunuh anak katak secara kejam..insaf dah sekarang ni
ish sudah lari tajuk
Tapi si hensem fh lahir kat hospital selayang ni berkulit ala ala manja konpem penuh bintil.
Kesian anak mama..
Terima kasih manusia yang invent mopiko tu..
tengok dahi dia merah.. ni nyamuk kt area hentian hill view sebelum terowong menora hala utara |
tido berjemaah masa kat umah moyang FH.. huhu cian anak mama kena gigit nyamuk |
hensem tak dengan red spot ni? |
Tazkirah Jumaat 11muharram 1435
Assalamualaikum
Serba sedikit tentang apa yg saya dengar dan belajar tadi..
semoga jadi bekalan dan ingatan untuk diri sendiri.
1. Keharaman menganiaya dan mengembalikan apa2 hasil dari penganiayaan
Contohnya mengambil hak orang.. walaupun sejengkal tanah, pada hari kiamat akan dikalungkan 7 lapis tanah sebagai siksanya..
Bawalah dia kemana mana pergi dengan kalungannya..
Pada suatu perang di zaman rasullullah saw. Seorang sahabat yang mati syahid kerana berperang tetapi dinafikan syahidnya kerana semasa perang si fulan ada mencuri harta rampasan iaitu hanya sepasang baju..
Hatta binatang pun akan dihisab sekiranya melakukan aniaya pada binatang lain
Sekecil kecil perkara @harta yang dikira walaupun kayu sugi yang diambil tanpa izin akan dihisab
Muhasabah diri..
Faiz Hannan 10 bulan 2 minggu
Kick you mama!! |
memori daun pisang - 1st time jumpa @ kampung mama |
here i'm. @kampung ayah |
1st time main pasir |
owh sedapnye makan pasir |
FH & Mama |
Ayah & FH |
Doakan dia..
Pinjam dr blog wani.. |
Khasiat kunyit
hari ni masuk opis lepas bercuti hampir dua minggu..malasnya nak bangun pagi.. muahaha
Seminggu kat kampung sangat best, pagi-pagi ade orang buatkan sarapan, ada orang mandikan anak. tengahari ade orang masakkan. Terima kasih mami.. Jaga Along & Faiz Hannan
kita tengok tv je.. tukar chanel kalau bosan.. Owh syorga dunia
Hmm tak sangka kan.. dah tua-tua masih susahkan mami nak jaga kita. kalau mami tak sihat nanti harap Along pun boleh jaga mami.
pastu kita godek-godek cari petua nak sihatkan diri..
Balik ni nak p cari kunyit.. Pemilik penulisan ni.. saya share kat sini segala petua untuk kegunaan sendiri. Boleh ye..
Isi kunyit dapat menyembuhkan penyakit sengugut. Makan kunyit mentah sebagai ulam ketika makan nasi. Anda akan rasai kemujarabannya.
- Kunyit juga mencegah kulit daripada cepat berkedut. Parut sedikit kunyit dan perah airnya. Amalkan meminumnya.
- Parut dua ketul isi kunyit dan seketul lempoyang. Kemudian bubuhkan setengah cawan air hingga sebati. Tapis dan campurkan dengan satu sudu besar air limau nipis dan madu. Minum selama tiga hari berturut-turut. Selain menyihatkan bahagian dalam tubuh, ia juga mencantikkan kulit.
Tumbuk beberapa ketul kunyit hingga hancur. Campurkan dengan sedikit air dan tapiskan. Minum airnya tiga kali seminggu.
Daun Kunyit
Sekiranya anda diserang pening atau sakit kepala, ramas beberapa helai daun kunyit bersama sedikit air. Selepas itu sapulah di kepala hingga rata. (http://gemini26576.tripod.com/petua/kunyit.html)
Khasiat dan kebaikan kunyit
Cara membuat jus KUNYIT
- Agen antiseptik + antibakteria semula jadi, berguna dalam pembasmian luka + terbakar.
- Apabila digabungkan dengan kembang kol, ia telah terbukti dapat mencegah kanser prostat dan menghentikan pertumbuhan kanser prostat yang sedia ada.
- Menghalang kanser payudara daripada merebak ke paru2.
- Mengurangkan risiko leukemia terhadap kanak2.
- Boleh menghalang dan memperlahankan perkembangan penyakit Alzheimer dengan menghapuskan penumpukan plak amyloyd di dalam otak.
- Boleh mencegah daripada berlaku dalam pelbagai bentuk kanser yang berbeza.
- Anti-radang yang bekerja tanpa kesan sampingan.
- Boleh membantu dalam metabolisme lemak dan membantu dalam pengurusan berat badan.
- Telah lama digunakan dalam perubatan Cina sebagai rawatan untuk kemurungan kerana ciri2 anti-radang, ia adalah satu rawatan semula jadi untuk artritis dan artritis reumatoid.
- Meningkatkan kesan chemotherapy drug Paclitaxel + mengurangkan kesan sampingan.
- Harapan kajian sedang dijalankan ke atas kesan kunyit pada barah pankreas.
- Menghentikan pertumbuhan saluran darah baru di dalam tumor barah.
- Sangat pantas dalam penyembuhan luka2 + membantu dalam pembentukan semula kulit yang rosak.
- Boleh membantu dalam rawatan psoriasis dan lain2 keadaan kulit radang..
- Kunyit hidup dibersihkan kulitnya dan direndam 1 jam dengan sedikit garam untuk membuang getah diluaran. Blend kunyit dengan 5 gelas air. Tapis dan masukkan dalam botol kaca. Jika terlalu pekat tambah sedikit air lagi + asam keping + sedikit gula melaka ketul. Simpan dalam fridge. Minum suku cawan setiap pagi dan malam bersama selawat + Al Fatihah.
- Jus ini sebaiknya diamalkan untuk pesakit KANSER. InsyaAllah.. mudah2an sembuh dengan perlahan2..
bad news & good news
23 sept 2013 ade appointment kt klinik o&g hospital selayang utk follow up fibroid
lepas scan atas.. scan bawah dan buat UPT.. There's a good news. guess what??
Yeay!!! I'm pregnant.. again.
Alhamdulilah sangat bersyukur walaupun tak dijangka..
such as great gift n bonus untuk saya.
ada yang cakap mengandung lagi??. dengan muka sinis
excident ye? Ish ape yang main excident plak ni..
this is what i wish for. Sangat tak paham orang macam nih
ada aku kesah.. ko jantan memang le.. eh emosi plak
Biarkan dia.. dia tak tahu dan maafkanlah.. macam anis lemon cakap (pinjam ye words ni Anis)
Tapi di sebalik blur2 dapat tau ngandung lagi tu.. ada bad news
Saya kena jalani D&C. untuk keluarkan kandungan tu sebab its a molar pregnancy
kantung baby tu tak normal takde heart beat, bentuk lonjong je tak bulat cantik macam ngandungkan faiz hannan dulu
Hmmm.. belum rezeki untuk FH dapat adik..
so 24.9 terus doc soh saya masuk ward & buat D&C
Allamdulilah segalanya dipermudahkan
so di kala ini saya sedang bercuti
ok.. till next entry.. nak g rehat-rehat golek golek tido
bye
Bagaimana mengetahui anak saya sakit ape?
hari ni nak share macamana nak mengetahui apa penyakit anak anda
terutama new mommy macam saya..
takde pengalaman dan takde sesiapa nak rujuk..
bertuah new parent yang tinggal dengan parent dia
macam adik saya dulu.. ada masa-masa baby bangun awal atau tak nak tido sampai ke pagi,
mak dia angkat je baby tu hantar bilik atok nenek
pastu mak dia sambung tido tanpa rasa bersalah..
Tapi kalau tak de sapa nak tolong tengokkan.. kena la hadap sendiri
dodoi sambil lelap ke sambil diri ke duduk ke nak soh baby tido sebab mama & ayah nak keje esoknya
sangat bertuah kalau baby setakat tak nak tido tapi tak nangis
kalau dah nangis meraung tapi parents tak tau apa sebabnya
lagi payah.. mau mama dia pun ikut nangis :((
Harini jumpa kat babycentre ada page yang boleh bagitau kenapa anak tak sihat
atau sakit apa.. walaupun tak bagi ubat, sekurangnya serba sedikit boleh tau apa sebab baby
nangis atau tak selesa.
Anda hanya perlu pilih umur anak, kemudian tandakan simptom yang anak anda alami.. dan kat sebelah tu ada jawapan kemungkinan penyakit atau sebab anak anda tak selesa atau tak sihat.
So dah tau punca.. boleh la selesaikan masalah anak anda.
Kalau jumpa doktor pun dia tanya.. anak puan sakit apa?
Kadang-kadang agak menjengkelkan soalan tu.. kalau tau sakit apa tak de la datang jumpa doktor kan
berubat sendiri je la..
web page itu.. Bagaimana mengetahui anak saya sakit ape? |
Hmmm senang sikit hati atau jadi lebih tak tenang bila dah tau apa mungkin yang anak anda hadapi
Tapi serba sedikit harap page ini dapat membantu..
Happy sharing