Hari sabtu buat makan-makan kat umah. Me dengan jayanya dapat masak nasi ayam (nasi je) hubby buatkan ayam goreng berempah. Pehh!! maveles :p.. . walaupun kemasinan agak lebih. Hahahaha!! Tetamu yang dijemput ex-opismate kt sri gombak, spupu & adik ipar+hubby dia. Adelah dalam 10 orang je. Jemput kengkawan yang tinggal dekat2 umah je. lagipun kalau jemput ramai rasa tak konfiden nak masak banyak2. Sebab biasa masak untuk dua orang tak pun dalam 5-6 orang makan je.. Lagipun rumah saya comel je.
Siap masak dalam pukul 11pagi. Pastu goreng ayam secara berperingkat. Ye lah nak tetamu rasa ayam panas-panas baru la best makan kan. Lagipun bukan tetamu datang serentak pun. Hari minggu kan.. macam-macam aktiviti nak buat. Ayam berempah yang mula-mula goreng tu me & hubby makan dulu, ya lah awal pagi we all sarapan makan roti je degan susu. Mane tahan kan.. lagipun nak uji rasa, sedap ke idok masakan nak bagi tetamu makan. Bau dia macam dah ok. Alhamdulilah rasa pun ok la jugak (masin lebih sikit je).
Tetamu last adalah sepupu aku. Pukul 8 malam jugak lah baru dia balik sebab datang pun lambat kan.. pastu plan nak p shopping sbb dia cakap baju anak-anak banyak dah tak muat sebab senteng ataupun tak bleh nak zip & button dah.
Hari ahad aku & hubby g amik spupu aku kt umah dia wif anak-anak (sepupu aku ni single mother wif two kids since aidiladha thn lepas- hubby dia meninggal) Ye lah selama ni dia bleh p shopping dgn hubby dia kan tapi sekarang dah takde orang nak teman aku rasa, kalau ada pun maybe tak close. so aku antara sedara yang stay dekat dengan dia rasa macam terpanggil juga untuk teman atau tolong apa yang patut (Zahirnya aku nampak dia sangat kuat mental & fizikal tapi dalam hati atau masa tido malam-malam sapa yang tau).
Maka we all pun bershopping la kat Wangsa Maju. Aku beli sepasang sandal sebagai ganti dua pasang kasut yang dah rosak minta dibaiki tapi belum terlaksana. Simpan je sebab sayang lagi. Hubby dah suruh buang je.. Sepupu aku dapat angkut dua bondong beg plastik baju dan kasut anak-anak.Rasanya takde satu pun barang untuk dirinya sendiri. Settle aktiviti shopping we all pun balik sebelum tu singgah makan/minum petang dulu then hantar diorang kat umah. Lepas hantar diorang terus balik rumah. Itu je xtvt hujung minggu ini..
No comments:
Post a Comment