kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Kandungan 30minggu _Anak mama buat apa?

Assalamualaikum..
Hmmm anak mama tengah buat apa ni? Sampai senget perut mama?
Tetiba rasa macam senak.. pandang perut rupanya ada org tengah streching... 
Amboi amboi.. sedap ye lepak dalam tu?
Till the day we meet my dear baby..
Mama sayang kamu

 
Ada org tengah streching ke layan corner baring dalam ni??
 
 
       
Ok dah!!  kembali normal

















































Terharu

Assalamualaikum..
Semalam dpt courier dr kampung.. kiriman si acik adik mama..
Dalam tu ada sehelai jubah putih sebab ada orang nak pinjam..
Pastu ada lg dua plastik asing
Buah manggis dan buah rambutan
Terharunya...
Mesti mami yang soh acik courier ni
Tiap-tiap tahun camtulah
Mesti mami pos buah dari dusun kalau musim buah...
Walaupun baru balik kampung 2 minggu lepas
Tapi masa tu rambutan baru sikit yang masak.. dapat jugak bawa balik sini.. tapi manggis xnampak pulak yang boleh dipetik dan dikait..
Minggu ni dah masak la tu.. dapatla si perut besar ni merasa.. huhuhu
Tapi di hati sangat la rasa terharu..
Mami ingat kat anak dia yg dh agak kertu & lebih dewasa ni..
Dah pesan kami boleh beli kat sini..
Tapi hati ibu.. agaknya masa dok makan buah buah tu ingatkan mama yang jauh ni.
Ntahkan dapat makan ke tidak buah buahan tu..  hai lah mami.. terima kasih sangat-sangat
Sayang mami abah hingga hujung nyawa..


Ni lah buah buahan segar dari dusun Kedah sinun.. yang ni je sempat bergambar :)

Secebis kisah masyarakat..kasihani anak itu

Assalamualaikum..
Pagi tadi melalui jalan-jalan biasa untuk ke pejabat
Alhamdulilah boleh keluar rumah agak lambat sementelah cuti sekolah
Jadi kesesakan jalan amat kurang

Hampir dekat  satu sekolah agama.. lampu isyarat untuk orang melintas jalan bertukar merah
dalam hati dah mengomel.. hai.. siapalah nak melintas nih.. bukanke sekolah tengah bercuti, ade orang nak pegi sekolah ke??

Di seberang jalan sana kelihatan seorang perempuan (ibu muda.. mungkin lebih muda dari saya), memakai uniform kerja warna kelabu, bertudung dan berseluar gelap nak melintas jalan & ada sorang budak lelaki kat belakang dia tapi budak tu berteleku di tepi longkang berseluar  track merah dan ber T-shirt putih lengan pendek (teka saya seusia 7-8 tahun).. tetiba pompuan ni pusing balik & tarik budak lelaki ni bangun dan pukul-pukul di bahu. Ya Allah bergaduh apa nih dengan budak sebesar itu? Detik hati kecil saya.. 

Kemudian nampak dia macam memarahi budak lelaki tadi terus pusing nak meneruskan melintas jalan dan budak  lelaki tadi ikut dari belakang.. Tapi jalannya tak lancar macam budak normal, terdengkut-dengkut. Wajahnya juga nampak dia bukan anak normal  Bila hampir je nak ke bahagian tengah jalan tetiba budak lelaki tu tersadung entah apa.. dan tersungkur di atas jalan tar. Perempuan di depannya terus jalan tanpa ambil kisah apa berlaku di belakangnya.. Lampu isyarat pun dah bertukar ke warna hijau ketika itu.. Gigihnya anak itu bangun sendiri dan teruskan ikut ibunya rasa saya melintas jalan. 

Mujur kereta di sebelah sana tak terus bergerak bila lampu dah bertukar hijau sehingga kedua-dua manusia itu berada di bahagian tengah pulau pembahagi jalan. Mereka terhenti di tengah-tengah jalan sebab lampu isyarat dah bertukar hijau.. saya tak tahu bila mereka berjaya melepasi jalan dua lorong yang sibuk tersebut. kereta lain meneruskan perjalanan begitu juga saya.

Tapi hati saya tertinggal bersama anak itu, tertanya-tanya dengan pelbagai persoalan. Kenapa begitu tindakan ibunya?? (jika benar wanita muda itu ibunya) Anak itu anugerah, baik buruknya juga anugerah.. lebih dan kurangnya juga anugerah yang tak boleh dibeli di mana-mana pun. Anak itu belum cukup dewasa untuk memahami apa yang telah kita fahami dan pelajari. Akalnya tak sesempurna kita yang dewasa ini kalaupun dia manusia sempurna seusia itu. Tergamaknya hati seorang ibu.
Telah habiskan sifat sayang dan ehsan ke atas anak itu? Atau sayangnya berpada-pada? sehingga begitu tindakannya??

Akal saya yg sejengkal ini mentafsir itu perbuatan yang salah pada anak seusia dia. Biarpun dia tak sempurna dia tetap anak yang perlu dididik. Bukan dengan cara didikan yang begitu.
Biarpun dia nakal atau tidak mendengar kata pasti ada jalan dan cara yang lebih baik. Telah dikatakan anak itu adalah sehelai kain putih yang dicorakkan ibu bapanya. 
Jadi insafilah diri jika anak itu nakal atau tidak mendengar kata dan nasihat. Bukan anak yang gagal untuk jadi sebaiknya.. tapi ibu bapa yang gagal untuk mencorakkan anak itu menjadi baik
Seandainya ditakdirkan anak itu dilanggar kereta yang lalu lalang atau dipanggil Allah untuk pulang agaknya apa yang si ibu rasa?
Terkilan kah dia? menyesalkah dia? duka dan lukakah hatinya atau tersenyum gembira melepaskan beban yang terpikul?

Allahu Robbi.. engkau yang maha mengetahui..

Memang saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku antara mereka tapi wajarkah perbuatan sebegitu terjadi di depan khalayak? Siapa perempuan itu yang layak untuk memukul-mukul anak seusia itu di tepi jalan raya yang sibuk? Agaknya kalau pompuan itu di tampar-tampar di depan khalayak sebagai balasan apa perasaan dia? Haish!!! emosi terganggu di pagi hari


Alhamdulilah

Alhamdulilah syukur untuk rezeki yang satu ini. Hmmm.. minggu ni kandungan saya genap 24 minggu
Terasa baru je melalui pelbagai dugaan.. lahirkan Fh.. , keguguran dan kini kembali mengandung
Tragis juga dengan kandungan kali ni..Seusia 5 minggu kandungan, berlaku pendarahan. Siap darah segar warna pink lagi membasahi cadar, ayat huby.. "hmmm i baru je tukar cadar tu." Eh eh dia ni.. sayang cadar ke sayang ank bini ni.. terus ajak suami siap-siap ke klinik

Kami ke klinik Dr. Dahlia, kt BBS, ayat-ayat doktor buatkan saya tak kan pergi lagi untuk check up kat klinik tu. Masa scan doc bgtau "degupan jantung baby sgt lemah. cuma boleh tunggu untuk dia gugur sendiri. Memang takde harapan" Hampanya harapan saya, memanglah saya tak jangkakan boleh mengandung secepat 3 bulan lepas keguguran.Rasa macam nak lempang je doc tu. Kalaupun macam tu boleh tak bagi harapan palsu pada saya?. Saya cuba tanya xboleh ke Doc bg injection atau ubat untuk kuatkan rahim?
Doc kate tak de gunanya.. memang tak de harapan. Saya refer awak ke hospital je untuk tindakan lanjut.
Tak belajar psikologi kot doc tu. ke tak pernah rasa berada di tempat pompuan macam saya?
Dah la sebelum tu masa dapatkan confirmation untuk kandungan tu doc bebel kate hai.. mengandung lagi?? eksiden ke ape ni? anak kecik lagi.. berapa umo dia? Masa tu saya bawa FH hubby dokong masuk bilik doc sama-sama.
Wahai doktor!! ko tau tak aku tak mengandung 4 tahun lepas kawen serata alam orang mengumpat.. dari kedah sampai ke KL sampai ke Terengganu. Sakitnya hati, sakitnya mata sebab orang-orang yg macam doktor ni lah.. semua serba tak kena. Anak tu rezeki yang kami mohon dan minta dari Allah bertahun lamanya. Tak minta duit kamu pun wahai doktor pompuan yang tak de perasaan. (Bukan Dr. Dahlia.. tp doktor ni kecik molek orangnye.. bahasa dia je tak berapa molek n sedap nak dengar) Kalau tak check saya pun bersepah doktor lain yang ada. jangan jadi doktor lah orang macam nih!! 

Dua kali episod sedih & makan hati di klinik Dr. Dahlia.. so saya tekad tak akan dapatkan rawatan kat situ lagi walaupun klinik tu panel untuk company hubby. Banyak lagi klinik boleh pergi.
Saya diam je masa tu.. menangis dan marah dalam hati.. memang gagal konsultasi doktor tersebut
Doc bagi MC & buat surat rujuk ke hospital.
Terus ke hospital dengan hubby.. sepanjang jalan diam je, masing-masing  melayan perasaan sendiri. sedih & hampa..

Di hospital jumpa doktor kat klinik pakar O&G, doc scan bagi advise & mc few days. Hmm doktor kat hospital kerajaan pun ok. Sebelum ni selalu orang kata doktor kt swasta bagus & yang kerajaan tak bagus. Tapi pengalaman saya amat berbeza. Ye lah.. rezeki masing-masing untuk dapat doktor macam harrrrr@#$ atau doktor yang bagus & profesional. Saya dibekalkan duphaston untuk sebulan. Jumpa balik 2 minggu lagi, tapi sekiranya berlaku pendarahan yang lebih teruk doktor soh datang kt kecemasan.

Alhamdulilah.. lepas tu saya rehat je dirumah, pendarahan pink dah takde, cumanya ada spoting dalam 2minggu jugak. Lepas 2 minggu jumpa doktor balik kat hospital. lepas scan etc.. semuanya ok. 
Masa ni dan masa mula-mula doktor scan kat hospital nampak 2 kantung.. means kembar anak mama kali ni. Double rezeki.. Alhamdulilah..  
Sangka saya memang FH akan jadi "abang Long" sangat. Kecik-kecik ada adik 2 orang.
Syukur sangat..

Tapi  selepas-selepas tu dah takde kantung dua.. ada satu je, doktor kata mungkin pendarahan yang jadi tu disebabkan kantung yang satu lagi tu gugur. Masa scan yang ke dua di hospital tu pun doktor bgtau.. kantung satu lagi macam menjauh & mengasing dari yang satu lagi. Ntah bila kantung tu jatuh pun tak tau.. sebab memang takde rasa apa pun & xrasa sakit atau rasa apa2 yang keluar pun. Memang hilang macam tu je. Ataupun dia sembunyi disebalik fibroid yang sama-sama membesar dengan baby yang ada ni. Takpelah.. saya tetap bersyukur walaupun satu je.

Saya menilai menelek kembali kenapa berlaku pendarahan tu.. mungkin jugak kami berjalan jauh masa tu. Balik kampung hubby.. kandungan pun tak berapa kuat agaknya.. bercampur dengan fibroid yang mutiple.. masing-masing berebut zat dari mama.Ada yang kena mengalah & berkorban.
Apapun saya tahu.. Allah tetapkan yang terbaik untuk saya.. rezekikan dengan yang terbaik juga untuk saya. Syukur padamu ya Allah dengan kurniaan ini. Limpahkan jua kepada mereka yang memohon darimu zuriat yang soleh dan solehah rezeki ini Ya Allah. Amin Ya Rab..



Mama ngantuk

Mama ngantuk.. sebabnya fh bangun pagi pukul 3 pagi ajak mama main.
Tarik tarik bantal
Tarik tarik rambut
Gigit gigit tangan
Gigit gigit kaki mama.muka mama
Uwaaaaa...
Fh Ajak tengok tv.. soh mama on radio
Dah minum susu 3 botol.. tak nak gak tido
Pastu fh poopoo
Fh sakit perut agaknya nak poopoo sebab tu tak leh tido kot.

Pukul 6pagi azan subuh baru fh ngantuk
Tapi tu time mama kene bangun pagi siap siap nak pegi keje.
Siapkn baju ayah , siapkan baju fh nak pegi babysitter

mama ngantuk kat opis sekarang ni
Hantar fh kt bbysitter masih tido..
Jarang sgt mama hantar fh tengah tido.. selanya mesti mama mandikan dulu n siapkan anak mama bagi hensem baru p umah babysitter
Sib baik mama masih cun n belum jadi mata panda..

Hai lah anak.. esok esok jangan macam ni lagi tau
Sayang anak mama

Fh n cousin's Wet world

Musim bunga itu...

Assalamualaikum..
musim bunga itu.. musim yang kurindui..
walau kala itu panasnya membahang di bumi Alor Setar..
5 6 tahun dulu orang tak tahu pun
zaman tu xdak Fb nk show off kt org KL musim bunga di Aloq Setaq
sapa nak percaya??
Nah tahun ni kt FB orang kedah post gambar musim bunga sakura Malaysia
Kat paper pun..
Termasuk Fb saya, ..
Adik saya whatsup kan gambar tu.. hubby kata kenapa post gambar org kt jepun mengaku kampung halaman.. huhuhu.. xpercaya ye.. sampailah ada berita kat paper
baru dia senyum sengih percayakan musim bunga di Kedah 
meruntun jiwa nak balik Kedah ni.. 
esok insha Allah, myself & FH balik Kedah.. 
nanti FH boleh tgk musim bunga di negeri kelahiran mama
Dah bertahun tak merasa sendiri musim bunga di Alor Setar

Musim bunga ni bila panas membahang, pokok bunga tu nanti habis semua daun dia gugur kemudian baru keluar bunga. Bunga ni akan gugur bila dah mula musim hujan kemudian daun-daun baru pun akan tumbuh.
Sangat berbeza dengan musim bunga kat Jepun.. atau tempat lain sebab sejuk. Kat Kedah panas litlit bak kata org Kedah.
gambar kt paper BH
google sources : gambar ni yang meruntun jiwaku nak balik kampung - musim bunga di Kedah


Info : Pokok Tabebuia ini dikenali dengan nama pokok tecoma dan trumpet merupakan tumbuhan asli dari Mexico hingga ke bahagian utara benua Amerika Selatan. (Hairan saya kenapa banyak pokok-pokok yang popular kat Malaysia ni berasal dari luar? Hatta pokok timun sekalipun, kalau tak ada orang bawa agaknya Malaysia ni ada pokok apa je? Hmm salahnya orang kita kedekut ilmu dan tak ada orang yang cuba bukukan penemuan di Malaysia. Sayang seribu kali sayang)
Terdapat lebih 50 spesis Tabebuia yang dibezakan melalui warna dan bentuk bunganya.
Pokok daripada spesis ini mengeluarkan bunga berwarna putih, kuning, perak, merah dan merah jambu.