kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Petua Tradisional

#copypaste
#petuatradisional
 
Kene simpan ni ilmu baik2...
Orangnya pun dah takda lagi...


1) - Apabila dipatuk ular, penawar ada pada ular itu.
-Ambil sisik terakhir (hujung ekor ) ular tersebut.
-Ambil & makan. InsyaAllah ia akan jadi penawar bagi bisa ular itu.

2) - Disengat ikan sembilang atau ikan keli, penawar ada pada otak ikan tersebut.
   - Ketuk kepala ikan, ambil kecik seperti gel
   - Ambil & sapu pada bahagian yang disengat

3) - Terkena duri kelapa sawit. Penawarnya ada pada buah kelapa sawit.
   - Ambil buah, diketuk/ dipecahkan dan diambil minyaknya
   - Jangan ambil menggunakan tangan,  sapu menggunakan sabut kelapa sawit itu sekali
   - InsyaAllah hilang rasa sakit & cepat sembuh

4) Terkena sihir untuk menceraikan suami isteri
Surah Al - Baqarah, ayat 102

5 ) Resdung
- Ambil 7 botol air kolah dari 7 buah masjid yg berlainan
- Mestilah masjid yang aktif (masjid yang ada org dtg bersolat)
- Setiap kolah masjid, 1 botol.
- Ambil air, letak atas sejadah, buat solat hajat untuk sembuhkan penyakit resdung
- Letak air pada tangan kanan, Baca surah Al- Anbya' , ayat 83.
- Sebelum masukkan air ke dalam hidung, baca selawat syifa'
- Masukkan air ke dalam hidung & buang semula
- Ulang sebanyak 7 kali
Surah Al - Anbya', ayat 83

6) Masalah sakit tumit / sakit2 sendi (rheumatism)
- Gunakan minyak zaitun
- Baca Al - Fatihah & Ayat kursi
- Sapu minyak tersebut atau urut sambil membaca doa di bawah ini :
Surah At- Taubah ayat 14 &  surah Al - Hashr ayat 21

7) Fibroid, atau masalah yang melibatkan wanita #fibroid
- Menggunakan madu asli
- Baca Al- Fatihah & Ayat kursi
- Baca Surah An - Nahl, ayt 69, jampi ayat tersebut pada madu
- Makan 1 sudu sehari
Surah An -Nahl, ayat 69

8) Angin pasang
- Menggunakan madu
- Amalkan ayat- ayat di bawah ini
-Surah Al - Isra', ayat 82
Surah Al - Hashr, ayat 21
Surah Ash - Shua'ra' ayat 70

9) Penyakit darah tinggi, kencing manis, & masalah jantung
Bahan - bahan :
- Ambil serai 3 batang ( titikkan supaya pecah)
- Halba (yang selalu diletakkan dalam nasi dagang)
- Buah kelapa (yang berhingus)
Cara - cara :
- Serai apabila sudah dititikkan, letak dalam buah kelapa,1 buah kelapa, 3 btg serai.
- Ambil 7 halba, letak sekali dlm buah kelapa.
- Ambil buah kelapa, letak atas api gas & pnaskan.
- Jadikan serai sebagai sudu, ambil isi guna serai.
- Minum air kelapa yang telah suam.
*Satu bji kelapa, selang 2 hari.

10) Susah tidur malam
Surah Al - kahf, ayat 11
11) Angin dalam badan, sakit - sakit sendi
Surah - fussilat, ayat 44

12) Merawat histeria
- Genggam tangan kanan, baca Bismillah, MasyaAllah..
- Baca 3 kali, tiup dalam penumbuk, muncungkan mulut, tiup dengan tiupan yg halus, Tepuk atas tulang belikat pesakit yang terkena histeria.
*Pagar diri dahulu sebelum mengubati orang lain
- As saffat , ayat 7

[Almarhum Tuan Guru Dato Dr Haron Din]

Faiz Hannan 4 tahun 2 bulan , Firas Afnan 2 tahun 5 bulan

Lama betul mama tinggalkn catatan diari untuk anak-anak
anak-anak dah makin membesar, abang long FH dah mula sekolah
adik FA dah tukar pengasuh sebab pengasuh lama dah pindah,
cadang mama nak sekolah kan FA tu sama-sama dengan abang
mama dah carikan sekolah yang boleh terima pelajar seusia FA
tapi ayahnya cakap biarlah dia tido je dulu.. jadinya mama carikan pengasuh baru untuk FA

Alhamdulilah.. sekejap dah jumpa, FA pun lebih mudah nak pergi rumah pengasuh

Dah makin kurang drama..
Kalau dulu agak payah siap lari balik rumah
mungkin sebab dah besar, mungkin sebab pengasuh baru ada anak sebaya FA
mungkin sebab lebih ramai kawan
mungkin sebab boleh enjoy naik lif dan naik tangga sebelum sampai rumah pengasuh
kadang masa balik daki tangga 6 tingkat sebab layan anak anak
hati mama lebih tenang..

cumanya setiap pagi dan petang mama usung 3 beg berasingan
kadang servis bertukar ke tangan ayah,
kalau ayahnya kadang-kadang, mama lah yang selalu.. huhuhu!!
kena siapkan abang untuk ke sekolah, kene dukung bawa ke bilik air dan lepas mandi
lepas dah siap mandi dan pakai baju dah ok
kalau mama lambat lepas siapkan dia
nanti abang long FH akan cakap kt mama.. "cepatlah mama abang nk pegi sekolah ni"

FA dah tak menyusu bila nk tido, bahasakan diri dia "abang"
abangnya di panggil 'Ayish' saja.
Suka tido berbantalkan lengan mama.. abang pun sama.. kadang ayahnya pun ambil kesempatan
terjaga tidur di tengah malam sebab sakit dan lenguh tangan
bila tengok bapak budak yang tidur di lengan.. bukan lagi anak.
Amboi-amboi.. syok sangat nampaknya

FH FA - Pantai Air Tawar Jan 2017


Panjang Akal

Di suatu malam waktu magrib lepas makan malam kat luar.
abam Faiz  tercari-cari.. mama mana KFC?
adik pun dok sebut C .. C.. pastu ayah kata KFC tutup lah.. 
si anak cakap tu KFC.. tangan tuding ke kedai signboard merah KFC ...ayah bawa keta melepasi kedai sign board merah pura-pura tak nampak ..dah lepas.. 
merengek la si abang Faiz. 

beberapa saat kemudian..

mama : tu.. sana ada M.. 
abam faiz :  ayah nak pegi M.. 

dan-dan hati si anak terpujuk. sambil berharap si ayah berhenti di kedai M memenuhi permintaan

abam Faiz : Abam  nak mainan M, burger M.. abam nak aiskrim M
amboi.. kemain kan buat order list.. 
si ayah pun berhentilah kat kedai M tu, 
abam Faiz : nak tutup enjin
Ayah : tak payah lah.. ayah nok semayang bang dok dan
(kalau tutup enjin kereta.. maknanya semua orang akan keluar kereta dan pergi kedai M)
ayah terus keluar kete masuk M sorang -sorang, pastu keluar dari M bawa aiskrim dua ketol di tangan.
abam Faiz walaupun terima  aiskrim tu.. mata pandang je ke M tu.. dah kete bergerak.. 
abam Faiz :  Ayah.. nak duduk kusi M.. Ayah nak duduk kusi M
Ayah : ish ish anak ayah ni
abam Faiz :  Ayah.. nak duduk kusi M.. Ayah nak duduk kusi M
Ayah :  abang cakap je la nak makan kat M tu.. banyak betul akal nak tutup enjin lah.. nak duduk kusi M lah
lain kali ye.. ayah nak semayang magrib ni..

redho ye anak-anak tak dapat pergi makan kat M.  M is Mc Donald.. obses betul kalau nampak signboard M tu.. Mulanya dia teruja tengok signboard M besar-besar kat jalan.. orang dah kenal ABC-Z katakan.. pastu first time mama ajar masuk M beli aiskrim. pastu ada mainan sepupu dia camne di belek-belek nampak pulak tulisan M kecik kat mainan tu.. obses bertambah.. tapi part burger M tu mama belum ajar. Tapi dah ada dalam order list dia.



Tentang Abah

Alhamdulilah.. abah dah baik
Dah boleh kluar wad 14/4/2016.. dah boleh drive kereta 2 hari selepas tu.
Terima kasih ya Allah
terima kasih kepada semua yang mendoakan abah



Faiz Hannan 3tahun 3 bulan, Firas Afnan 1tahun 7bulan

Faiz Hannan.. belum pergi sekolah.. tapi alhamdulilah dah boleh mengira hingga 10. Dah kenal nombor dan ABC.. Z. Alif Ba Ta pun boleh la.. Harapan mama nak ajar dia mengenal jawi dulu tapi tak kesampaian. Sebab dia lagi suka lagu ABC dari lagu alif ba ta. Mengeja belum pandai.. baca ABC je pandai.
Masih pakai diaper.. yang ni  mama tak paham. Kenapa payah sangat dia nak bagitahu nak kencing nak berak. Kalau asyik main komputer ayah lagi la.. basah dengan berak kencing kat situ tapi mata tangan dok tekan komputer jugak. Bab tekan komputer pandai pulak dia. Haih la anak

Abang Faiz dah pandai ngelat kalau suruh buat apa-apa. mama minta tolong ambil kain lap dia cakap nak baca buku. Kadang cakap kat mama "tak payah la mama". Amboi pandai pulak kata tak payah.
Kadang nak susu masa dah baring-baring dia cakap.."mama!! milo besar satu, abang sakit pale ni" maknanya mama sila bangun buat susu coklat untuk abang, abang tak nak bangun teman mama atau suruh ayah kat luar.. abang nak tido je". Sebab mama selalu kalau dah masuk bilik dengan adik yang masih menyusu.. mesti suruh dia pergi  minta ayah buatkan susu untuk dia. Hahaha. banyak akal dia sekarang.
Abang Faiz dah lame tak menyusu dengan mama (sejak dekat umur 3 tahun kot) eh baru 3 bulan ++ je..  tapi rasa macam lama je. hehe.. dulu berebut je dengan adik. Tapi suka je meleser kat dada mama. Nangis pun cium-cium  peluk ketiak mama. Rindulah tu. Bila mama tanya abang nak nenen ke? Abang Faiz jawab "Tak nak la.. abang besar dah!" Ooo dah besar ye anak mama.

Dengan adik macam biasa la, suka luku kepala adik. cepat je tangan dia lekuk kepala adik. Adik pun tak nak kalah boleh kejar abang sambil nangis geram. Abang pulak lari sambil gelak-gelak sebab adik tak dapat dia. Kalau dapat tangkap abang memang adik gigit ke buat apa yang boleh.. cakar ke.. tapi selalu adik kalah la, sian adik.. Tapi kalau adik berebut barang dengan mama ayah pandai pulak abang cakap.. "mama/ayah.. bagi jelah kat dia".. "mama/ayah.. adik nangis tu bagi je la"
Oo kalau mama ayah pandai ye suruh bagi kat adik. Kalau dia berebut barang dengan adik dia bleh senyum-senyum tengok adik nangis.

Adik firas pandai makan ubat, tiap-tiap hari mesti nak makan ubat ( vitamin c je pun). kadang bagi dua biji soh bagi abang satu. Dua-dua masuk mulut dia. Kalau ubat demam pun tak susah bagi makan. Dia ok je. Abang Faiz pun senang nak makan ubat. Alhamdulilah,.. tak susah sampai nak kena pegang kaki tangan  picit idung bagai..
Firas Afnan cepat merajuk.. kalau mama kata "jangan.." cepat je moncong keluar.. pastu "waaa!!!" siap air mata banjir. tapi kalau cakap.. ok p minta ubat kat ayah.. uish cepat je diam dan ajak ayah ambil 'ubat' dia.
Firas kalau suka baju abang dia boleh tarik-tarik je baju yang abang pakai.. haha.. berani betul. Errr tapi sama je dua beradik. Mungkin lepas ni kena beli yang sama tapi lain saiz kot. Haih!! bantut idea mama je camnih.



Cerita abah

Assalamualaikum
Alhamdulillah.. abah dah selamat menjalani pembedahan buang darah beku di kepala (10/4/2016)
Darah beku tu mungkin berpunca dari kemalangan hujung bulan feb lepas..Syukur ya Allah.. itu je yang dapat kami sekeluarga ucapkan..

Ceritanya bermula Ahad minggu lepas 3/3/2016..  mami abah datang Penang jumpa along dan keluarga.. Masa tu abah dah mula sakit kepala. Sangka kita mungkin sebab cuaca yang panas, mungkin juga sebab berjalan jauh.Mungkin juga tekanan darah abah naik. Lepas kemalangan bulan Januari lepas.. itulah perjalanan abah yang paling jauh dan lebih kagum sebab abah memandu sendiri dengan ditemani mami. 

Balik dari Penang sakit kepala abah makin kuat, susah nak tidur sampai kena melepak kat Hospital Jitra dua hari berturut.. lepas dapat suntikan untuk darah tinggi dan direhatkan  di bahagian kecemasan abah dibenarkan balik.. sehinggalah hari Jumaat 8/4/2016 petang.. abah makin sakit, makin celaru.. tak tidur sehingga ke pagi. ajak ke hospital cakap dia tak sakit. Abah kata mami yang sakit sebab mami nangis. Mami nangis sebab ajak dia pergi hospital tak nak. Dalam pada tu abah kejap-kejap lupa cucu dia yang sedang tidur tu siapa, Lupa kenapa cucu menangis.. lupa ini anak siapa.. Mami lagi la kuat menangis tengok keadaan abah camtu. 

Lama-lama tengok mami nangis abah pun ajak pergi hospital Alor Setar.. Dia nampak mami nangis nak p hospital.. mami nangis sebab nak bawa dia pergi hospital. 
Kat hospital lepas buat CT scan.. konpem abah ada darah beku kat kepala, bukan sebab darah tinggi ke apa. Mungkin faktor dia terlupa tu yang buat CT scan. dah pagi juga baru masuk wad, tunggu untuk pembedahan kecemasan. Masa masuk wad abah makin lupa orang keliling. abah dimasukkan di wad bilik sorang sebab keadaan dia. Abah zikir kuat-kuat, meronta-ronta sampai kena ikat kat katil sebab tak bagi abah jatuh. Pastu misi nak bagi gas.. dia bantai tunduk kepala ke tangan yang kena ikat tu, lepas tu buka gas yang nak bg dia lali.. mata pulak terjegil je pandang orang. Mami kata dia lari duduk hujung tingkap, tak sanggup tengok keadaan abah macam tu. Mami kata satu wad tu boleh dengar suara abah. Mujur abah tak cakap yang bukan-bukan.. 

Masa solat subuh mami kata dia doa banyak-banyak. Dipercepatkan pembedahan abah, dipermudahkan segala urusan tak sanggup tengok abah macam tu.. meronta-ronta.. mata terjegil pandang orang, mulut zikir kuat-kuat. Macam rasukan pun ada. Mami kata macam takut je nak dok berdua dalam bilik wad tu dengan abah. Mami ajak adik teman abah dalam bilik tu..

Hari Ahad.. 10/4/2016 pukul 12 tengahri.. abah ditolak ke bilik pembedahan. Kata doktor prosedur akan ambil masa 45minit hingga 1jam sahaja. Pukul 2 petang abah dibawa keluar dan masuk semula ke wad 4b. Alhamdulilah dah selesai.. abah pun dah boleh buka mata dan bercakap. Dah boleh bagitahu mami nak kencing.

Along sampai hospital pukul 3 petang. Masuk tengok abah kat wad. Sebelum tu kena jumpa pengawal keselamatan.. tulis attendance.. hehe.. Macam lewat masuk opis gayanya sebab kena ambil nama. Masa tu abah tengah tidur. Along pegang tangan abah, along cium tangan abah, kasar.. tangan yang menyara along dan keluarga, tangan yang membesarkan Along dan adik-adik. Ada tiub untuk masukkan air kat tangan abah. Ada tiub darah kecil yang sambung kat kepala abah, untuk alirkan keluar darah lebih dan darah beku agaknya. Along snap gambar abah dengan henpon yang screen pecah lepas tu simpan henpon. Along sibuk lagi tengok-tengok sekitar dinding di hujung kepala abah. Nampak nama abah, pandang lagi kalau-kalau ada nota lain.. Yes!! ada nota "DILARANG MENGAMBIL GAMBAR  PESAKIT DI WAD".
Errrmmm tapi saya dah tersnap.. Halal je lah. Jadinya hajat nak share gambar abah kat sini Along batalkan bagi menghormati pihak-pihak berkaitan. Along simpan untuk kenangan keluarga kita je. 

Sedap-sedap pegang tangan abah dan tenung muka abah, abah buka mata.. terus terjegil mata abah. Terkejut den!! Abah terus tanya.. sapa? sapa? sambil pandang muka Along. Alamak!! abah tak kenal anak dia lah.. mentang -mentang along dok jauh dari abah. Tak ingat kat along. Lepas tu adik bagitau abah ni.. Ita.. Ita anak abah dok kolumpo. baru abah "OOOoo.. balik? balik buat apa?? Along jawab balik sebab cuti lah.. abah "oooo" lagi. Pastu adik tepuk-tepuk abah soh abah sambung tido. Tapi abah kata nak makan. Lapar. kebetulan ada kuih untuk minum petang. Abah makan kuih guna sudu. Tampak kekok abah terkuis-kuis  kuih tu.. tapi dalam terkial dan terkuis tu abah berjaya potong kuih dan suap ke mulut. Sambil mata melilau pandang keliling. Pandang misi-misi kat kaunter pastu komen, "kecik-kecik misi ni, awat misi kecik sangat" Along, adik dan mami keras perut tahan gelak bila abah cakap camtu.. kebetulan ada misi yang lalu disitu, misi sedang ngandung dan agak berisi tanya awat kami dok gelak sangat sambil tahan.. adik bgtau abah kata misi kecik. Misi tu tunjuk dirinya sambil kata "ni kecik?" kami sambung gelak sampai kluar air mata. Abah komplen kenapa orang ramai, kenapa orang tido katil sana. Kenapa itu kenapa ni.. sel-sel otak sedang berhubung agaknya selepas pembedahan. Along Adik dan mami layan je la.. waktu acik datang abah kata acik tu along. tak apalah abah.. acik along adik sama ja. Kami anak abah.

Petang tu waktu melawat kat hospital ramai yang datang melawat abah. Adik beradik abah kecuali pakcik. Abah ajak abang dia duduk sekatil sedangkn orang yang datang tu pun berkerusi roda. Abah sembang macam orang sihat walaupun topik dia melencong dan kadang-kadang sambung cerita yang entah berapa tahun dulu. Memori abah belum ok lagi. Tapi syukur sangat dengan perkembangan abah tu.Dalam usia 58 tahun.. kadar pemulihan abah sangat cepat pada pandangan along.

Esoknya waktu melawat tengahari Along melawat abah lagi.. Abah dah ok sangat-sangat. Cakap pun dah tak melencong dah. Adik firas tido, abah soh letak adik firas kat katil abah. Lepas tu tanya mami.. nak makan tak? abah cakap nanti p makan dengan depa (along, anak-anak dan suami). Leganya hati.. syukur ya Allah.

#darahbekudikepala
#syukuryaAllah





kenangan lalu dan baru

assalamualaikum
sejak dua menjak ni.. ada ahli baru kt group whatapp sekolah
meriah.. macam-macam cerita, ahli baru biasanya terlebih ramah sebab tetiba jumpa kawan lama
macam-macam nak tau fasal kawan-kawan lama..
yg mana ahli lama dah tanya bab bab perkenalan
ada yang belum dikurniakan anak.. yang tu memang bab sensitip & boleh sentap kalau ditanya
ada yang kembali single.. ada yang tambah cawangan
hahah!! mana tau kan, zaman tingkatan 5 dulu boleh ke sangka..
orang ni kawen lebih satu, orang ni huduh takde orang nak kawen dengan dia, 
orang ni cantik/ kacak mesti kawin awal, orang ni playboy playgirl nanti rumahtangga tak aman
hakikatnya bila melepasi zaman sekolah jarang si dia masih seperti dulu..
ada yang masih sama, tapi majoritinya TIDAK, namun kasih sayang kawan-kawan dulu tetap terasa
saya sayang mereka.. mewarnai zaman sekolah saya

tapi antara mereka.. seorang tu pesakit kanser
dulu saya pernah jumpa/melawat dia selepas operation buang tulang peha..rasanya 15 tahun lepas, sebab tulang tu terlebih panjang.. dibuang dan diganti besi.. itu cerita mulanya.. hingga sekarang kanser dah menyerang. Saya hanya mampu doakan yang terbaik buat dia
semoga dia terus tabah menghadapi hari-harinya bersama keluarga tersayang

dia antara bff saya di zaman sekolah
zaman belajar saya biasanya dalam kelas 1/3 @ 1/4 je kaum hawa
sampai cikgu saya kata
kalau kiamat.. kelas ni yang paling last kena sebab pompuan sikit sangat
tetiba saya rindu zaman itu..
 

LRT - pertama kali

Assalamualaikum
Ahad lepas.. 13March 2016, pertama kali Abang Long Faiz Hannan dan Abang Ngah Firas Afnan (Gelaran ni Tok Sarah yang bagi, cucu redha je) naik LRT. 
Muka teruja kedua-duanya. Tapi FA susah nak lepas.. sebab tahap curios dia payah nak handle. Asyik la nak ke tepi landasan nak belek benda dalam tu. Pulak tu kalau dia teruja.. mama panggil pun pandang sekelip mata je.. kelip mata ke dua dah pandang ke lain. Lagipun ayah tak ikut. Ayah bawa kereta dari stesyen ke stesyen je.. Hantar kat Gombak ambil kat Taman Melati

Action - Nerves tau nak naik ketapi ni..

Naik dari stesyen Gombak ke stesyen Taman Melati. Tak sempat panas bontot dah kena turun. 
Cukuplah setakat merasa.. sebelum ni asyik tengok je keretapi laju tu dari dalam kereta. Akhirnya dapat bawa anak-anak naik.. hihihi. Mama pun dah lama tak naik.

Bila dah turun, masuk je dalam kereta, FH masih tersenyum meleret. Ayah tanya best tak.. dia jawab "best" sambil angkat ibu jari. Suka sangat la tu.. Tapi masa mula-mula keretapi bergerak kecut juga dua beradik tu..

      
omak eh! Laju ni.. FH for first time

tengok.. muka cuak. Sempat la mama snap gambar sambil sebelah tangan pegang adik. 
Nanti kita naik lagi ye.. pastu kalau adik lebih behave kita naik lebih jauh

Minggu ni juga first time bawa anak-anak mama pergi solat jemaah kat masjid. Alhamdulilah boleh juga mama jemaah sama-sama. Selalu gilir-gilir jaga anak sementara sorang lagi solat. Biasanya mama la yang tak ikut jemaah. 
Walaupun abang dan adik berlarian secara senyap, lompat-lompat dalam silent mood
dengar je imam bagi salah terus terpa muka mama panggil-pangil mama dengan suara kuat. Eh!! tetiba lepas imam bagi salam tukar  dari silent ke sound on eh?
Terima kasih Allah, terima kasih anak-anak mama
Mama harap boleh jadikan weekly event kita semua jemaah kat masjid. Lepas tu boleh kerapkan lagi..



Jalan-jalan Penang

Assalamualikum
Ambil mood cuti sekolah March ni. Walaupun belum ada anak sekolah.. aura tu tetap terasa. Sebabnya boleh pergi kerja dan balik kerja dalamkeadaan yang kurang kesesakan jalan raya.

Awal March .. (maksudnya sebelum cuti sekolah la kejadian ni..) ikut ayah FH & FA pergi Penang..
dah beberapa kali ikut ayah meeting ni.. tapi kali ni misi emaknya nak naik Bukit Bendera. Malu nak habaq sebenaqnya.. muahaha..
Chek ni orang Kedah dok ulang p Penang sejak dulu tak tau la berapa kali dah tapi tak penah sampai pun Bukit Bendera nun. Mujur la suami sudi nak bawakan.

Pakej ikut ayah FA & FH ni 3 hari 2 Malam.
yang bestnya bila ke Times Square Penang.. banyak figura dalam TV & wayang.. tapi si kecik FA takut tengok makluk-makluk pelik tu. Si abang FH je dah boleh layan.. adik asyik la nak lari menjauh sebab takut tetiba jumpa Incredible Hulk itam, tetiba ada pulak anak Syaiton Merah Bertanduk tumpul, bear besar melampau dari emaknye..

Mama je terkagum lebih.. dan yang terpenting masuk mall ni free. Bayar parking kereta je. Pastu jalan-jalan kat dalam mall ni sambil shoping sambil berhibur.. gitu.. Fefeling pergi theme park yang kena bayor mahal tu. 
Kat tepi jalan besar dah boleh nampak robot cerita transformer dua ketul.. si Bumble Bee dan Optimus. Nampak je benda ni abang long FH dah bising nak main. Kitaorang masuk parking yang depan, sebab datang pagi.. banyak parking kosong. Bangunan mall yang ada benda-benda ni kat blok yang belakang. Blok yang depan tu pun cantik decoration dia..

Ni besi kuning hitam ni.. ada kat tepi jalan besar nak masuk Time Square Penang

 Kat sini juga ada wax muzium. Yang ni kena bayar.. tak pasti pula kadar bayaran, sebab tak masuk. Ambil gambar je kat entrance wax muzium ni. Muzium tu kat tingkat 3 ke 4 kot. Hiasan kat tingkat paling tinggi paling cantik dan ohsem. Boleh feling macam pergi korea pada musim bunga juga..
Boleh feling macam pergi taman doraemon.. best!! ohsem!!
Sebelah kiri muzium Mr. Bean.. Sebelah kanan ada Jack Sparrow dalam sampan yang mana watak-watak tu dibuat dari lilin  a.k.a wax. 

Ni sebelah tepi wax muzium penang - adik takut je, abang tengok pelik
 


Dah masuk mall- ada lukisan 3D-

 Lukisan 3D banyak jenis.. makin lama makin ramai orang.. tapi free. Mak suka, boleh repeat. Lukisan ni ada di ground floor dalam mall. Acah la naik beca, nak naik beca betul takut tak mampu nak bayar. Sebab ada jumpa package RM125 per trip. Huish!! dah boleh lepas minyak kereta KL- Penang dah. Lagipun ayah FH & FA cakap kesian orang kayuh beca tu.. sebab kita ni berat melampau. :p

London here i come *tipu*


Adik.. best tak kita lepak kt Korea @Time Square, Penang


Kami geng decepticon!! atuk optimus baik
 
Ghost Rider jangan marah naa.. pinjam motor sat @Time Square Penang

tengok tu.. kat belakang tu ada setan merah.. adik Firas takut sangat. Berlari dia ikut jalan tu. 
Banyak lagi yang menarik.. tapi report mama sampai sini je. Time Square ni terletak kat bandar Georgetown.. pusing je la nak cari nasi kandar beratur ke nasi kandar kapitan ke nanti jumpa otobot dua ketul tu.. kat situ la tempat dia. Tak jauh dari KOMTAR
Waze je la kalau nak senang.. Penang kecik je kot. Pusing-pusing sampai balik kat tempat tu

Ibu bapa yang rasa gundah gulana tak dapat bawa anak kat tempat bercuti best, boleh pilih Penang sebagai destinasi. Ala-ala Kidzania pun ada kat Penang. kat mall yang sebelah KOMTAR bayar RM12 je. Mak lupa pulak apa nama Mall tu.. Perangin Mall kot

Till then.. babai




















Firas - 18 bulan

Assalamualaikum
Usia Firas beberapa hari lagi 18bulan
cepatnya masa berlalu kan, gigi Firas baru 6 batang
rambut pun nipis je.. 
Gigi depan yang dua batang tu macam ada berlopak sikit
xtaulah kenapa jadi camtu..
seingat mama tak ada pulak adik terjatuh ke tersembam
yang boleh buatkan gigi tu serpih, sedar-sedar dah ade lopak kat gigi adik tu
bila adik makan.. senang makanan terlekat kat lopak tu.. 
dah la gigi tu besar di depan..
sengih je nampak.. harap-harap lopak tu hilang bila gigi adik besar nanti
Macam gigi abang yang jatuh dan nampak lebam dulu tu
sekarang dah ok . Dah baik kot akar gigi abang tu

Adik Firas semakin garang..
cepat marah.. ayah kata macam perangai mama
hehhehe.. ye ke? mana ade.. mama lemah lembut comel je tau
Kalau cakap nak nak berulang kali
tapi tak dapat apa yang dia nak tu..
kali ke kempat dia dah jerit.. NAKKK!!
kecik-kecik pun berani je nak pukul abang
sambil dia jalan je boleh je tarik rambut abang dan ramas badan abang
kalau mama dengan ayah ada.. abang takut nak balas apa yang adik buat
nanti abang nangis je.. sian abang
abang kalau lumba lari dengan adik suka nak jatuhkan adik dengan badan dia..
senggol sikit pun adik dah jatuh..
hai anak-anak mama nih

Firas ni lebih peramah dari abang
kalau kat tempat yang ramai budak lain.. dia boleh je pergi berkawan dan main dengan orang
abang pulak nak adik kawan dengan dia je
nanti ada adengan tarik tangan sebab abang tak bagi adik pergi jauh kawan dengan orang lain
adik kalau orang hulur apa-apa dia ambil je
kalau abam long Faiz Hannan siap sorok tangan dan paling arah lain
ish! ish!.. jual mahal betul dia
Tapi bila adik ambil mainan ke makanan yang dia tak nak tu
boleh pulak dia rebut dari adik

Adik dah pandai sebut "tot" kalau dia kentut
pastu raba bontot dia. Hahahah!!
lawak! pastu nak pergi bilik air kalau dah berak
kalau mama tanya adik berak ke? dia boleh jawab
"tak.. tot.." maknanya adik tak berak.. kentut
Kalau betul berak baru ajak pergi cuci kat bilik air
nak minum susu ke nak air ke .. semua sebut "air! air!"
kalau nak makan sebut "ashii.." nak nasi ke biskut, kuih pun semua ashii je
Boleh la kan.. takde la nangis je sampai mama tak tahu kamu nak apa

Alhamdulillah.. terima kasih Allah atas segala nikmat ini
pinjamkan anak-anak ini seumur hidupku
Amin Ya Rabb


Kak Long

Menjelang March.. Faiz Hannan mencecah usia 3tahun 2 bulan
Dah jadi Abang Long
Bahasakan dirinya Abang Long kadang-kadang
Heheh!! dah besar anak mama
Nanti mama tambah adik abang long ye.. eh!!

Malam tadi 
FH : mama.. abam nak milo
mama buat derk.. mata tengok  tv
FH : mama.. abam nak milo
mata kerling sekilas dan tengok tv lagi
FH : mama.. abam nak milo mama buat
mama : hermmm..
FH bangun dari sofa datang kat mama.. pegang bahu
FH : kak long.. abam nak milo, kak long.. .. ni abam long (sambil tunjuk diri sendiri)
terus tersembur ketawa mama 

camne la ada idea nak panggil mama dengan nama kak long
biasanya adik-adik mama panggil Along je.. bukan kak long
entahnya baby sitter dia tu dok panggil anaknye kak long
tu yang FH terikut kot
Tapi apsal panggil mama kak long
bodek sangat la tu kan.. 
nak mama buatkan susu coklat untuk dia


Buka lampu

Faiz Hannan mama..
Feberet dia selain main masak-masak adalah semua jenis suis
termasuk segala jenis remote
kalau jumpa remote baru memang tinggal segala gajet ipad, tab dan henpon
remote tu lah dia usung kehulu kehilir
tak paham mama apa yang menarik remote tu dari gajet
disudut yang lain mama syukur sebab anak mama tak melekat sangat dengan gajet

Suis lampu kipas memang macam hak milik dia juga
nak buka kipas lampu dia la jugak tukang buka tutup
walaupun tak sampai.. gigih tolak kerusi makan
tak kira siang malam nak juga buka lampu
buka kipas tu boleh la kan mama terima

jadinya mama cakap..siang dah ada matahari, jadi tak perlu buka lampu
Malam gelap.. tak nampak nak buat kerja, kita buka lampu

Suatu pagi, dia bangun awal.. mama buat kerja rumah buka lah lampu
dah pukul 8 camtu.. Anak soleh mama si Faiz Hannan sound mama
"mama! tutup lampu! matahari dah buka lampu"
heheh!! matahari buka lampu eh?
Alhamdulilah.. dah faham la tu konsep matahari bagi cahaya
mujur dia tak suruh mama yang buka tutup lampu matahari tu

love kiddos mama sampai syurga


Abah kemalangan

Isnin 18 Jan 2016.. henfon yang jarang ada ringtone berbunyi pukul 6pagi
Biasanya henpon tu berbunyi alarm atau sekadar tone wasap dan mesej sahaja di awal pagi
Biasanya saya off kan data henpon di waktu tidur
Rupanya panggilan telefon dari adinda kesayangan
bagitahu abah kemalangan dalam perjalanan ke masjid untuk jemaah subuh

Sampai hari ini dah 3 hari kejadian tu berlaku, 
abah ditempatkan di wad hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar.. 
hari pertama.. hari kedua.. saya cuma dapatkan update keluarga di kampung tentang abah
hari ini juga..
tapi harini.. entah lah.. hati berdebar je.. sayu je..mata berkaca-kaca
 tak sabar nak balik jumpa abah

 kalau Along yang sakit, tentu abah dah datang jenguk Along hari tu juga
takde nak tunggu hujung minggu macam Along, baru nak balik
Maafkan Along abah
Ya Allah permudahkanlah pembedahan untuk abah
Kaki abah patah, tempurung lutut missalign dan serpih..
Abah akan dibedah untuk masukkan besi
semoga abah cepat baik..

Faiz Hannan 3 tahun

Alhamdulilah.. anak sulung mama dah tiga tahun pada 3 January lepas.
Takde sambutan besar besaran pun, sekadar belanja birthday boy makan kat KFC. Lainnya.. mama pack air kotak dan cokelat kesukaan FH untuk kawan-kawan di rumah pengasuh dan jiran. Dah pandai order milo ais dah bila di kedai makan sekarang ni. 
Kalau tanya nak makan apa.. memang nak makan KFC ayam je dia
tak pun nasi fish - nak nasi lauk ikan la tu..

Harapan mama Faiz Hannan jadi hamba yang bertakwa, memahami agamanya.. Islam, penuh sifat ehsan dan kasih sayang, menjadi manusia berguna kepada agama. Khalifah untuk keluarga kita sekurang-kurangnya. 

Semalam ada follow up kat hospital selayang
Doc cakap budak thalasemia biasanya perkembangan dia agak lambat
FH thalasemia trait HBe macam mama
mama tengok FH ok je la.. memang agak lambat nak banding sepupu dia yang beza umur 6 bulan
Iman dan Afiq dah pandai mereka cerita dan dan boleh mengadu  macam-macam sejak tahun lepas
Kalau bawa Iman dan Afiq berjalan-jalan, balik rumah dah boleh dapat ringkasan cerita
FH nak mengadu makan apa dan buat apa di rumah pengasuh pun payah
Tapi Alhamdulilah, sekarang ni setakat tiga patah perkataan tu ok dah.
Dah boleh baca dan kenal ABC..Z
Dah boleh mengira dan kenal 1,2,3,4,... 9
jaaaaraaannggg sangat nak sampai 10
rasa mama la kan.. sebab jumpa no kat henpon, calculator, remote tv etc memang no 1-9 je
kalau tunjuk nombor dia campur-campur melayu dan english
contoh 3019 = three O satu Nine
kalau no 1 tu style yang moncong depan panjang.. mungkin akan dibaca sebagai seven oleh FH

takpelah Faiz, mama tetap bangga dengan anak mama
Walaupun lambat dalam percakapan tapi masih dalam lingkungan yang dibenarkan. 
Cumanya kata doktor, nak jumpa lagi 6 bulan.
Kalau masih tak lancar.. doc akan buat terapi 
lagipun lagi 6 bulan tu doc nk tengok result DNA - kajian Alpha Thalasemia FH
Harapnya tak kan ada Alpha thalasemia dalam darah FH. InsyaAllah

FH pun sejak umur 2 tahun dan dah besar ni.. Alhamdulilah jaarang sangat demam atau sakit
Sebelum setahun dulu memang selang dua minggu mama dan ayah bawa p jumpa doktor.
Sekarang ni jumpa pun sebab memang ada temujanji saja.
Semoga anak mama terus sihat dan membesar dan jadi khalifah di bumi Allah
sayang kamu sampai syurga.. InsyaAllah

 



Minggu Akhir 2015

Assalamualaikum
Alhamdulilah.. hingga saat catatan ini dibuat.. Allah permudahkan lagi hari kita
semoga sentiasa dipermudahkan untuk mengharungi hari mendatang
Minggu terakhir December 2015.. sangat mencabar, sangat seronok dan ada juga yang sedih
Perjalanan untuk balik ke kampung saya di utara sepatutnya bermula seawal 5 -6petang 23/12/15. Tapi Allah tak izinkan.. jadi kami terpaksa tunggu adik suami datang rumah nak pinjam kereta.. janjinya pukul 8.30mlm tapinya pukul 10.30mlm baru sampai. Lepas duduk-duduk dan sembang serba sikit dalam pukul 11mlm baru diorang bertolak balik. Suami pulak lama-lama melepak dah nampak tilam bantal rasa mengantuk la pulak.. Layan mengantuk lah dia.. Dalam pukul 1pagi barulah kami bertolak.

Di Kedah sempat buat mini gathering dengan sepupu, makcik dan tok.. Alhamdulilah walaupun serba tak sempat sebab tuan rumah pun mungkin blur-blur tak de helper.. saya pula sibuk nak pergi berjalan sebelum pergi mini gathering tu.. hahaha.
hari berikutnya ada kenduri kawen sepupu.. anak yatim piatu sebab pak njang saya dah meninggal ketika anak sulungnya berusia 3-4 tahun dan yang bongsu masih dalam kandungan 3bulan. Selepas beberapa tahun, si isteri mngikut jejak.. mujurlah kami ada tok saudara yang kematian suami dan beliau tiada anak.
Kepada tokcik lah anak-anak tersebut menumpang kasih. Cantik betul aturan Allah.
Jadinya untuk kenduri sepupu saya ni.. mami, acik dan saya tolong hiaskan bilik pengantin dan meja makan beradap. Saya tolong angkat pinggan kat meja pada hari kenduri..si abam FH tolong juga.
Excited dia bawa pinggan gelas ke tempat orang basuh. Semoga terus rajin membantu sampai bila-bila.

Balik dari kedah.. saya ikut suami ke Rompin pahang.. dia outstation..
Kami menginap di Lanjut Golden Beach Resort; Golf Resort Kuala Rompin.Best!!. Si adik nampak je kolam renang dari balkoni terus gelak mengekek kesukaan.. Pagi petang mama biarkan anak-anak mandi kolam sampai kesejukan dan sampai dengan sendirinya tak nak berendam lagi..
Awal pagi dalam pukul 2.am camtu, adik hubby call bagitau neksu meninggal.. Memandangkan hubby ada kerja jadi kena selesaikan kerja sebelum balik kampung suami.

Dari Rompin hujan renyai-renyai..dan ada kalanya lebat sepanjang jalan ke kuantan. Hingga ke simpang antara Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur hubby berhenti kereta.. berfikir simpang mana yang perlu diikut. Kalau nak balik kampung terpaksa ambil cuti lagi sehari.. kalau balik KL nanti kena juga balik ziarah keluarga di kampung. Keputusannya balik Terengganu.. Jadinya sehari lagi bercuti bersama anak-anak
Jenazah neksu dah selamat dikebumikan sebelum zohor.. kami sempat hadiri majlis tahlil sebelah malamnya.

Esoknya kami ziarah keluarga nek muda (nenek ke-4 isteri Tok Check) kat Kuala Melawi. Keluarga datuk suami.. Tok check.. Meninggal genap 100 hari arwah Azwan pergi.. dirundung kesedihan lah keluarga suami. Tok Chek ni ada 4 isteri. Suami saya cucu dari isteri pertamanya.. tidaklah rapat sangat. Kami dapat tahu pun dah beberapa hari Tok Check pergi. 

Selepas menziarah kuburan, kami pun bersiap untuk balik ke Selayang..
Selamat tinggal semua..



Cerita zaman sekolah mama

Assalamualaikum
anak-anak mama belum ada yang bersekolah, jadinya cerita  pasal sekolah mama je lah kan
anak-anak mesti jemu.. asal balik kampung lalu je kat sekolah mama akan cakap " ni sekolah mama"
kalau mama tak cakap ayah yang cakap.. sebab dia terbiasa asal lalu je mama cakap.. hahaha gila jemu..
perli mama la tu ayah kamu tu..
macam tu juga kalau lalu kat tempat projek atau bangunan  mama pernah kerja atau terlibat dalam pembinaannya..habisla korang anak-anak mama.. dan ayahnya.. sila tahan jemu ye 

Mama dulu kalau nak mula sekolah.. Alhamdulilah.. tok & tokwan korang akan sediakan serba serbi baru. 
dari darjah 1 sampai tingkatan 3 camtu. Bila tingkatan 4-5, dah tak kisah nak yang baru. Pakai je yang mana ada. Tapi waktu sekolah rendah memang akan ada sepasang persalinan baru setiap tahun. Tapi sepasang je lah .. cumanya waktu mula sekolah darjah satu dan tingkatan 1 tu ada 2 pasang baju yang baru. 

Kasut sepasang je sepanjang tahun.. kalau elok lagi boleh bawa tahun depan, ganti-ganti dengan kasut baru.
Kalau musim hujan.. mama nangis kalau kasut tak kering
Kadang belasah pakai kasut raya.. selalunya tok belikan kasut raya warna putih.. bleh buat pakai pergi sekolah.. orang tak perasan. Kalau beratur sila berdiri di ruang yang agak tersembunyi supaya cikgu tak nampak. Kasut sekolah mama paling mahal RM45.00 pakai 2 tahun masa tingkatan 4 & 5. Cermatlah hai.. anak sapa la tu kan

Beg pun baru setiap tahun. Kadang ada je beg yang tahun lepasnya masih elok.. tapi tak paham kenapa mama ada beg baru setiap tahun.. sampai tingkatan 3.. lebih kurang 9-10biji beg. Mama yang nak beg baru atau tok yang nak ??. Tapi beg mama biasa-biasa je. takde pun yang ada gambar kartun thunder cat. Glamer tau kartun tu zaman mama sekolah rendah dulu..

Citer pasal baju, tok faiz firas pandai jahit.. jadinya baju sekolah mama adalah hasil air tangan tok.sepanjang persekolahan mama.. memang tak pernah beli yang dah siap. Beli kain dan jahit.
Selalu senior-senior sekolah tanya mama 
senior "baju beli kat mana?" ;  mama " mak buat" 
senior "tudung beli kat mana?" ;  mama " mak buat", 
senior "kain sekolah?";  mama "mak buat jugak"
senior "kasut, stokin, beg?" mama " beli kedai" - ni soalan menganjing
tapi mama jawab la elok-elok, dah senior tu lagi besar dan tinggi.. mama takut.. lagipun mama sangat comel dan kiut zaman tu hingga sekarang  walaupun kadang ada hingus hijau meleleh, mama sedut balik masuk dalam hidung atau lap dengan lengan dan ratakan ke pipi (muahahaha! - nak muntah tadah baldi ye)

Agaknya berapalah kos tok & tokwan habiskan untuk mulakan sesi baru sekolah mama? sungguh mama tak pernah ambil tahu. Yang mama tahu.. bila dah ada beg, kasut, stokin baru.. tiap-tiap hari mama nak melaram gayakan semua tu sampai hari kena p skolah. Mama peluk cium tido dengan barang-barang tu. Orang kedah kata 'keciwi' tak sudah. 
  
Sekolah rendah mama tak ramai, dari darjah satu hingga darjah enam ada enam kelas je. Setiap darjah ada 1 kelas je. Jadi mama tetap la dalam kelas kalangan budak bijak sentiasa.. hehehe
Faiz firas pun kalau nak dipandang bijak sentiasa boleh la balik kampung p sekolah mama tu. Mama rasa sampai sekarang paling banyak pun tiga kelas tapi bukan setiap darjah.
Jadinya segala aktiviti sekolah.. pasti ada muka mama mewakili sekolah.. huhu.. bangga disitu sekejap..
Wakil daerah agak tenggelam timbul..

Terima kasih Sekolah Kebangsaan Penghulu Haji Darus - SKPHD, dan sekolah Menengah Tunku Anum Tunku Abdul Rahman.. SMKTATAR

Terima kasih cikgu-cikgu..mendidik saya menjadi seperti sekarang. Alhamdulillah






Kereta Adik

Hari minggu lepas,
kami sekeluarga jalan-jalan pergi tasik metropolitan kepong
saja jalan-jalan, minggu lepas terperap je kat rumah
kesian anak-anak.. tak berpijak tanah

ayah joging malas-malas
mama kejar anak-anak
anak-anak lari ikut suka tema sendiri

Lepas tu kami ke tepi tasik..
ada bot laju. pukul dua baru test sprint

nak tunggu bot laju tu gerak.. takdela kot
mahu anak-anak dan mama ayah kebuluran
dah nak balik tu.. atas trek joging adik jumpa  kereta mainan
kecil je pun.. sebesar ibu jari mama
trek tu dah la warna biru kuning, kereta tu pun warna biru kuning
dapatlah adik kereta mainan.. abang terjerit-jerit "car! car! adik"
sambil cuba-cuba kenen dan nak pegang kereta mainan adik..
Dah masuk kereta.. adik pun bagi kat abang tengok kereta mainan tu

Hari Ahad.. ayah ada jemputan makan minum kat hotel
pergilah dengan anak-anak dan mama
dah leka main-main tu.. adik jumpa kereta mainan lagi
kali ni kereta warna oren macam kereta mainan hot wheel tu
Hmm rezeki adik
Ayah kata "tu lah mama.. asyik belikan untuk abang je.. adik usaha sendiri dapat car tu"
huhu.. bukan niat mama nak belikan untuk abang je
tapi mama nak abang dan adik kongsi..
lagipun takkan setiap kali beli nak dua biji kan
sebulan mau ada 10biji kereta kat rumah ( sebulan 5minggu x2 biji kereta = 10biji xRM8.00 = RM80.00)
uish banyak duit tu nak oi..
mama nak kene menabung ni untuk beli kelengkapan sekolah korang beberapa tahun akan datang
tak tahulah dah naik berapa % dah nanti..

Hi-nose

Malam tadi..
mama geram sangat dengan abang Faiz Hannan
kita ni ngantuk dah tahap macam zombie dah layan dia
adik dah tidur
dia sedap je lompat sana-sini, atas katil bawah katil
lompat kiri lompat kanan
sekali mama marah terus cakap.. "mama nak tido"
mama : tido la.. ni bantal (sambil tepuk-tepuk bantal suruh dia tidur..)
dah seminit dua baring.. melompat lagi dia..
macam tu lah berkali-kali.. bila mama geram sangat,
mama peluk dia dan picit hidung.. lama jugak baru lepas
Faiz cakap "mama.. shakit la hinose AAish"
mama "sakit ape?"
Faiz "shakit hi-nose"
mama "mane hi-nose?"
Faiz pegang hidung sendiri .. "ni shakit hi-nose"

mama bantai gelak kuat-kuat di tengah malam yang gelap
ape aje la yang dia cakap..agak mama la kan
dia gabungkan perkataan  HIDUNG +NOSE+HINGUS = HiNose






21 tahun yang lalu..

Hari ini.. 15 dec 2015.. saya pakai baju kebaya
warna kuning merengak
bunga-bunga oren.. daun hijau..
baju raya 21 tahun yang lalu..
saya tempah di pekan Kuala Sungai, Alor Janggus Kedah
Masa tu tak ingat la.. mungkin kayuh basikal kot p tempah baju raya
Kayuh basikal dengan sepupu dan makcik
Ke saya naik motor ntah
makcik saya beza umur 5 tahun je dengan saya..

Baju tu tukang jahitnya berbangsa cina, upah RM18 je
sayang sangat baju tu..
Tak tahulah masih wujud ke kedai jahit tu
Tak sangka selepas bertahun, baju tu masih boleh dipakai
agaknya saya yang ter'bongsai'
tak besar tak kecil.. masih begitu..
tapi dah tua-tua ni,, saya rasa saya makin mengecut.. kesian

Saya ada beberapa baju lama yang peberet
sampai tok kata.. hang ni takdak baju ka nak pakai
setiap kali jumpa tok hang pakai baju ni..
Ye lah... kat kampung bukan banyak baju kurung saya
beberapa helai yang tinggal, itulah yang saya pakai bila di kampung
Hahaha.. pemerhati rupanya tok nih..


Taktik baru menculik - Foodcourt Alamanda

Assalamualaikum
Ni cerita kawan saya..
cuti-cuti sekolah ni bawa anak yang seramai 5 orang berjalan-jalan santai di Alamanda.
Bila perut berkeroncong mereka pergi ke foodcourt untuk mengisi perut
Pada masa kejadian.. masih ada meja-meja yang masih kosong
Orang tidaklah terlalu ramai
dan mereka memilih salah satu meja tersebut yang dekat dengan kaunter/gerai untuk beli makanan
Kawan saya ni pergi beli makanan yang agak jauh dari meja berkenaan
tinggal anak-anak dan isteri  di meja untuk tunggu dia bawa makanan
Si isteri tetiba teringin nasi ayam yang ada di depan yang tak jauh dari meja
Terus la bangun mendokong anak yang bongsu ke gerai nasi ayam
tinggalkan si kakak dan abang yang lagi 4 orang di meja berkenaan
Tetiba, datang beberapa manusia dewasa terus duduk di meja anak-anak kawan saya
Kawan saya dari jauh pandang je.. sambil tunggu makanan yang dia pesan
Anak-anak dia dh mula cuak. nape orang asing duduk semeja dengan diorang
Sambil tu ade sorang tercangak-cangak perhati sekeliling
mungkin tengah tercari mak bapak budak-budak tu..
Dalam kumpulan tu ade juga pompuan yang bawa budak kecil yang baru mula bertatih
Saja nak blend in dengan anak-anak yang tinggal di meja tu kot
Kawan saya dapat je order terus datang ke meja yang ada anak-anak dia
dia tanya.. kenapa korang duduk sini, banyak lagi meja kosong
Bertempiaran diorang keluar dari foodcourt tu
Nampak tak.. kalau tak salah kenapa nak lari dari situ
boleh pilih untuk duduk di meja lain kot
dan kenapa diorang duduk di meja  yang ada anak-anak kawan saya
yang usianya dari 8 hingga 3 tahun tu..
Mujurlah dia sempat tengok..
lepas ni kawan saya cakap dah tak nak makan kat tempat awam camtu
kena masuk restoran ke ape senang
tak payah layan diri tinggalkan anak-anak. cuak kot

Jadi ibu bapa yang bersendirian dengan anak kecil,
janganlah tinggalkan anak anda walaupun sekejap
janganlah terlepas pandang,
memang kita rasa anak boleh berdikari dan dengar cakap
tapi keadaan sekeliling amat tak selamat untuk mereka
hati-hati ye ibu bapa sekelian..