Assalamualaikum..
Saya copy paste ni dr FB..
Untuk owner yg buat artikel ni sy share eh..
Untuk rujukan sendiri & org lain jugak
SAPA SUKA MAKAN PISANG ???
Perhatian :
Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.
Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan
glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada
manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat
menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman
selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada
atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai
untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat
sesuai dalam pemakanan kita seharian.
Tekanan:
Merujuk
kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit
tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan
pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin
yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan
kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa
gembira.
PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja
pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa
dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.
Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan
hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes
anemia.
Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini
mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya
sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.
Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa
peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat,
dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar
potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan
pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).
Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.
Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan
membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan
perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam
darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula
memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.
Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika
anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan
yang baik.
Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.
Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas
gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah
berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.
Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.
Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi
pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek.
Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit
obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk
mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan
mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan
kadar yang stabil. Makanlah pisang.
Ulser:
Pisang amat baik
dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan
organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid
serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding
perut kita.
Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan
memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi
kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung
mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi
seorang yang penyabar (cool).
Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya
pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini
kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.
Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6,
B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat
membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.
Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan
degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi
kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik,
menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula
dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.
Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘,
mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian
akibat strok sebanyak 40%!
Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk
menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut,
kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah
dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan
plaster luka biasa atau pun plaster bedah.
Jadi, pisang memang
merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan
dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali
karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali
vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan
salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.
Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”
PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet
di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi;
ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara
terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering.
Menakjubkan!
NOTA : APAPUN YANG KITA MAKAN HARUSLAH
BERSEDERHANA... SESUATU YANG BAGUS JUGA AKAN MEMUDARATKAN JIKA DIAMBIL
SECARA BERLEBIHAN