kemana jua ku berlari.. langkah kaki ku tetap sama.. menghitung hari yg ditinggalkan.. segala pahit manis di belakang..

Anak syurga - Wilda Umairah


Alfatihah buat Wilda Umairah
menanti selama 9 tahun untuk mendapatkan anugerah yang terindah untuk kedua ibu bapanya
dan selepas 8 bulan dipinjamkan, 
akhirnya pada pukul 5.22 pagi 22 April 2013 Wilda telah dijemput oleh Allah

Anak syurga - Wilda Umairah

Sabarlah wahai umi & ayah..
Wilda menanti di jannah



Mari belajar bahasa bayi

Selama ni saya tak tau yang bayi ada bahasa tersendiri.. huhu
Yang kagumnya lepas baca semua tentang bahasa bayi, rupanya semua bayi di dunia ni mempunyai bahasa yang sama. Tak kira ibu bapa dia bangsa apa pun. Universal language tau..
Patutlah ada video yang bayi cakap bahasa bayi.. pastu derang happy je.. gelak-gelak.
Ada betulnya kot tentang tu..
Yang tu kena tanya dengan lebih lanjut dengan Priscillia Duncan

Sapa Priscillia Duncan ni?
Dia nih orang yang menemui bahasa bayi. nak tau lebih lanjut boleh google sini
Lepas tengok dan baca bahasa bayi nih.. memang banyak membantu  new mommy macam saya
Sebab baby nih.. taunya menangis je,
Kalau kita teliti starting dia nangis menunjukkan apa yang baby nak.

So sekarang saya dah tau kalau FH nak tido, nak makan/lapar (FH belum makan la.. ), atau discomfort dan nak 'burp'.Easy to mommy & easy to him.. :D

Bila dah tau nih.. takdelah anak terdera & perasaan maknye pun tak cedera. heheheh..
Contohnya lepas bagi anak minum dah banyak-banyak, tapi si kecik ni dok lah ek ek lagi tak habis-habis.
Mommy yang tak tau ingat dia still tak cukup susu, pastu sumbat susu lagi. 
Tapi sebenarnya si kecik bagitau dia nak 'burp'. Sudahnya bayi akan tersedak atau pun muntah susu lepas tu sebab dah banyak sangat dia minum.
Kesian kan..

Paling best & selalu dengar FH mase nak tido & nak susu..
walaupun nangis tapi sebab faham apa yang FH nak.. mama rasa cute sangat cara FH sampaikan tu

Nih adalah penemuan Priscillia Duncan for 'Duncan Language' atau bahasa bayi.
  • Neh=”I’m hungry”
  • Owh=”I’m sleepy”
  • Heh=”I’m experiencing discomfort”
  • Eair=”I have lower gas”
  • Eh=”I need to burp”

boleh google kat You Tube jugak.. if nk tengok camne baby tu sebut perkataan tu.. so cute




Last but not least...





My FH.. 


 
Photo



Photo 



Photo 



FH dapat surat









Semalam kat post box ade surat ni..
Wah kemain lagi kan.. kecik-kecik dah dapat surat.
Ni surat pertama Faiz Hannan bertarikh 15 April 2013, 102 hari selepas FH dilahirkan
Mama dulu dah pandai baca & tulis sendiri baru ada surat tau, main koyak je buku sekolah
Pastu ending mesti ada pantun

Pecah kaca pecah gelas
Lepas baca harap balas

Kelas kan.. mama kecik2 dh pandai pantun tau

 




dalam tu ada kad.. SI MANJA TAWAS




kad ni khas untuk anak-anak selangor je tau.. yang lahir dari tahun 2008.
untuk keterangan lanjut boleh ke lawan web TAWAS


Sebab..

Assalamualaikum
Lame tak tengok belog sendiri
huhu.. bukan setakat update.. tengok pun tidak
sebabnye..
Entri yang sebelum ni..
lepas dah tepek gambar Anakanda Muhammad Haidar Bin Zahidi
Saya dh tak sanggup nak tatap gambar tu..
jiwa mama rapuh sangat
boleh buat nangis sedu sedan bawah meja lagi..
sungguh mama xkuat macam mama kamu Muhammad Haidar
Semoga Allah sentiasa merahmati dan memberkati kamu dan keluarga

Semoga suatu hari yang paling bahagia akan jadi milik kamu sekeluarga
Mama doakan kamu dari kejauhan ini..






Anakanda Muhammad Haidar Bin Zahidi

Assalamualaikum..
sebetulnya saya tidak mengenali anak kecil ini
terjumpa berita di FB seorang teman
Lebih menyesakkan dada ini bila tarikh lahir anak ini sama dengan FH
hilang kata-kata untuk terus bercerita pasal anak ini
Mama emo sendiri nangis sedu sedan bawah meja (memang dasar cengeng)
 
Ya Allah engkau tahu apa yang terbaik untuk si kecil ini
Saya cuba untuk bagi sedikit sumbangan
Namun kena reject
agaknya pihak bank yang sekat akaun ibu  Haidar
memang macam tu kn.. kalau ade akaun yang banyak transfer duit
pihak bank akan sekat sebab takut ade kes skim cepat kaya
hope akaun tu dibuka ASAP.. bleh kita ramai-ramai hulurkan bantuan untuk anak kecil ini.
Juga jangan lupa titipkan doa untuknya..

Saya kongsi di sini..

Photo: mintak tolong korang share.. walaupun korang  x mampu dengan wang ringgit.. tapi share lah. mana tahu ada yang sudi membantu :')

Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3/1/2013 ( 3bulan) merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser. 

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur .

Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan sila hubungi 157139695983 mbb noorhayati samsudin  dan sekiranya anda ingin melawat anaknya yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital, bolehlah ke 279-5-7 lorong tampin 10150 Georgetown Penang.

mana tahu ada yang sudi membantu :')

Muhammad Haidar Bin Zahidi di lahirkan pada 3/1/2013 ( 3bulan) merupakan bayi comel yang dilahirkan normal. Menurut bapanya Zahidi Azhar, anaknya menghidap kanser mata di mana mata sebelah kanan tidak boleh lagi digunakan terpaksa di buang melalui pembedahan manakala mata kiri kini telah menghampiri stage 3 kanser.

Bapanya memohon semua warga Malaysia yang prihatin berdoa agar anaknya cepat sembuh bagi menghadapi kimoterapi pada 1/5/2013 ini di Hospital Kuala Lumpur . 


Sekiranya anda ingin menghulurkan bantuan sila hubungi 157139695983 mbb noorhayati samsudin dan sekiranya anda ingin melawat anaknya yang baru sahaja dibenarkan pulang dari hospital, bolehlah ke 279-5-7 lorong tampin 10150 Georgetown Penang.

Pasal susu

Alhamdulilah..
Lepas kes yang hr tu..
Takde lagi jumpa botol & puting susu masam
Setiap kali fetch FH smua botol pun dah kena basuh
termasuk botol storage EBM yang dihantar
Botol yg last feeding pun dah dibasuh

hopefully ok lh
So far takde nampak kesan minum susu masam ke apa
FH belum ade cirit birit pun
Tapi flu FH blum baik
Cepat-cepat baik ye sayang

TIPS : Amalan orang yang cemerlang



semoga ia menjadi pemangkin & pendorong untuk saya & juga orang lain..
Insyaallah
Semoga cepat-cepat jadi manager :p
Tumpang share ye..

Best kalau dapat jadi antara orang yang yang gemilang. Inilah rahsia amalan kerohaniah yang menjadi amalan orang yang berjaya. Jika, kita nak ikut jejak langkah mereka, harus jadikan amalan kita juga.


1- bgn pagi2 dgn senyuman, baca doa bgn tidur & doa "ya Allah semoga hari ni lebih baik sikit dr smlm"
2- doakan kejayaan kita & kejayaan saudara2 kita
3- positif utk membuka lembaran baru hari ini
4- positif Allah menyediakan nikmat xterhingga di sebalik kesusahan kita berusaha hari ini

AMALAN SETIAP SELEPAS SOLAT
- ayat 1000 dinar
- surah alam nasyrah
- 3 Qul

AMALAN SEBELUM TIDUR
- maafkan semua orang
- bayangkan kejayaan dlm pekerjaan kita esok

ADAB KEPADA DIRI
- tunaikan hak - ibadat, tutup aurat, zikrullah, amal jariah
- Jgn hina diri sendiri - dgn dosa, malas usaha
- bersikap positif

Pisang owh pisang..

Assalamualaikum..
Saya copy paste ni dr FB..
Untuk owner yg buat artikel ni sy share eh..
Untuk rujukan sendiri & org lain jugak

SAPA SUKA MAKAN PISANG ???
Perhatian :

Jangan sekali-kali menyimpan pisang dalam peti sejuk. Lepas baca anda semua pasti akan pandang tinggi pada buah pisang.

Pisang mengandungi 3 jenis gula semulajadi – sukrosa, fruktosa dan glukosa yang digabungkan dengan gentian. Pisang memberikan tenaga kepada manusia dengan kadar segera dan berterusan. Kajian yang telah dibuat menunjukkan bahawa 2 biji pisang mempunyai cukup tenaga untuk senaman selama 90 minit. Tidak hairanlah pisang dijadikan buah utama kepada atlit terkenal dunia. Bukan itu saja, malah pisang juga amat sesuai untuk mencegah dan merawat beberapa jenis penyakit, menjadikannya amat sesuai dalam pemakanan kita seharian.

Tekanan:
Merujuk kepada survey terbaru yang dijalankan oleh MIND terhadap pesakit-pesakit tekanan jiwa, kebanyakan daripada mereka kembali pulih selepas makan pisang. Ini kerana pisang mengandungi tryptophan, iaitu sejenis protin yang bertukar kepada serotonin dalam tubuh manusia, yang menyebabkan kita tenang, mengembalikan mud dan secara amnya membuatkan kita berasa gembira.

PMS:
Lupakan pil-pil hospital – makan sahaja pisang. Vitamin B6 yang terkandung mampu meneutralkan paras glukosa dalam darah, yang boleh mengembalikan mood anda.

Anemia:
Dengan kandungan zat besi yang tinggi, pisang mampu mengawal pertumbuhan hemoglobin dalam darah, yang secara tak langsung membantu dalam kes-kes anemia.

Tekanan Darah Tinggi:
Buah tropikal unik ini mengandungi kadar potassium yang tinggi – garam rendah, menjadikannya sempurna untuk menstabilkan tekanan darah.

Kuasa Minda:
Kajian dibuat terhadap 200 pelajar di sebuah sekolah di mana semasa peperiksaan dijalankan, mereka diberi makan pisang untuk sarapan, rehat, dan makan tengahari. Keputusannya, buah pisang yang mengandungi kadar potassium yang tinggi dapat membantu pembelajaran dengan menjadikan pelajar-pelajar itu lebih cekap (alert).

Penghadaman:
Gentian tinggi, jadikan pisang sebagai diet seharian anda pasti membantu menstabilkan tindakan usus kecil dan besar.

Keletihan:
Salah satu cara terbaik untuk mengurangkan keletihan ialah dengan membuat minuman pisang susu campur madu. Pisang bertindak menyejukkan perut dan dengan bantuan madu dapat membina semula kandungan gula dalam darah yang berkurangan akibat keletihan, manakala susu pula memperbetulkan sistem hidrasi semula anda.

Panas Jantung:
Pisang mempunyai kesan anti-asid semulajadi dalam badan. Oleh itu, jika anda menghadapi rasa panas di jantung, cuba makan pisang untuk pemulihan yang baik.

Demam Pagi:
Jadikan pisang sebagai snek setiap hari untuk membantu memelihara kadar gula dalam darah untuk mengelakkan demam pagi.

Gigitan Nyamuk:
Sebelum menggunakan krim gigitan serangga, cuba sapukan kawasan bekas gigitan nyamuk dengan lapisan dalam kulit pisang. Ramai yang telah berjaya mengatasi kegatalan akibat gigitan nyamuk dengan cara ini.

Saraf:
Pisang mengandungi kadar vitamin B yang tinggi yang dapat membantu menenangkan sistem saraf anda.

Obesiti dan Tekanan Kerja:
Kajian di Institut Psikologi di Austria mendapati tekanan kerja menjadi pemangkin kepada pengambilan makanan seperti coklat dan kerepek. Berdasarkan 5,000 pesakit hospital, kajian mendapati kebanyakan pesakit obes membuat kerja-kerja tekanan tinggi. Laporan juga menyatakan, untuk mengatasi masalah ini, kita perlu mengawal kadar gula dalam darah dengan mengambil makanan karbohidrat tinggi setiap 2 jam untuk mengekalkan kadar yang stabil. Makanlah pisang.

Ulser:
Pisang amat baik dalam pencegahan ulser kerana ia bersifat lembut dan tidak mencederakan organ dalaman kita. Ia juga bertindak sebagai peneutral lebihan asid serta mengurangkan kepedihan dengan bertindak menyaluti lapisan dinding perut kita.

Kawalan Suhu:
Ramai yang percaya bahawa dengan memakan pisang, ia dapat menurunkan suhu kedua-dua fizikal dan emosi kepada ibu-ibu mengandung. Di Thailand sebagai contoh, ibu mengandung mengambil pisang untuk memastikan bayi yang dilahirkan itu menjadi seorang yang penyabar (cool).

Seasonal Affective Disorder (SAD):
Penyakit ini merupakan simptom yang terjadi akibat daripada kurangnya pendedahan kepada cahaya matahari. Pisang dapat membantu pesakit ini kerana ia mengandungi tryptophan semulajadi yang membaikpulih mud kita.

Ketagihan Rokok & Tembakau:
Pisang dapat membantu perokok yang ingin berhenti merokok. Vitamin B6, B12, potassium dan magnesium yang terdapat dalam pisang, ia dapat membantu tubuh kita dalam membaikpulih kesan nikotin terhadap tubuh.

Stres:
Potassium merupakan bahan mineral vital, yang membantu menormalkan degupan jantung, menghantar oksigen kepada otak dan mengimbangi kandungan air dalam tubuh. Bila kita stres, kadar metabolisma kita naik, menyebabkan kadar potassium menurun. Keadaan ini dapat diimbangi semula dengan bantuan snek pisang yang tinggi potassium.

Strok:
Mengikut kajian dalam buku ‘The New England Journal of Medicine‘, mengambil pisang sebagai diet harian mampu mengurangkan risiko kematian akibat strok sebanyak 40%!

Lain-lain Penyakit Kulit:
Pengamal perubatan semulajadi (alternatif) berpendapat, untuk menghilangkan pelbagai masalah kulit, termasuk jerawat, kudis, parut, kurap, dan sebagainya, ambil sekeping kulit pisang, tampalkan sebelah dalam kulit pisang itu pada tempat yang ingin dirawat dengan menggunakan plaster luka biasa atau pun plaster bedah.

Jadi, pisang memang merupakan ubat semulajadi kepada banyak penyakit. Jika dibandingkan dengan epal, pisang mempunyai 4 kali ganda kandungan protin, 2 kali karbohidrat, 3 kali fosforus, 5 kali vitamin A dan zat besi, dan 2 kali vitamin dan mineral lain. Ia juga kaya dengan potassium dan merupakan salah satu makanan terbaik yang mudah didapati.

Jadi mungkin inilah masa untuk berubah kepada kata yang biasa disebut-sebut, “Sebiji pisang sehari dapat menjauhkan doktor!”

PS: Kesimpulannya, pisanglah adalah penyebab utama kenapa monyet-monyet di hutan selalu sihat dan bahagia setiap masa dan ketika! Satu lagi; ingin kilatkan kasut?? Ambil bahagian dalam kulit pisang, sapukan secara terus kepada kasut anda, kemudian kilatkan dengan kain kering. Menakjubkan!

NOTA : APAPUN YANG KITA MAKAN HARUSLAH BERSEDERHANA... SESUATU YANG BAGUS JUGA AKAN MEMUDARATKAN JIKA DIAMBIL SECARA BERLEBIHAN